Saturday 20 July 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 20hb Julai 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
20hb Julai 2013
(merujuk kepada ''PR sedia tawan Sarawak")

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak See Chee How telah mengeluarkan kenyataan yang menggelikan hati apabila beliau berkata Pakatan Rakyat bersedia menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau perlu terlebih dahulu melihat masalah-masalah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebelum bermimpi di siang hari.

Sambutan yang menggalakkan yang diberikan kepada DAP oleh majoriti masyarakat Cina tidak membawa makna masyarakat Bumiputera akan memberi kepercayaan kepada parti yang berteraskan perjuangan Malaysian Malaysia yang berobjektifkan penghapusan status Bumiputera di Malaysia.

Rata-rata masyarakat Melayu telah menolak PKR dalam pilihanraya umum yang lepas atas sebab merasa loya dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya di negeri Sarawak.

Mungkin sekarang lebih ramai rakyat Sarawak menyetujui tindakan majoriti masyarakat Melayu berdasarkan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengorbankan setia kawan dan kepercayaan demi kuasa.

Bahkan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali sendiri tidak menyenangi pendekatan politik yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menegur ketua umum Pakatan Rakyat menggunakan akaun twitternya selepas PRU lepas.

Ini adalah hakikat.

Adakah rakyat Sarawak masih mahu diperbodohkan oleh ketua (dan kuncu-kuncu) sedangkan pada masa yang sama orang kanannya sendiri mengkritiknya?

Tepuk dada tanyalah selera.

Manakala PAS pula sedang dipenghujung era kepimpinan ulama yang diketuai oleh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Kita sedia maklum, PAS lebih bersifat terbuka kepada Barisan Nasional sebaik sahaja Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan.

Maka, adakah ini bermakna Pakatan Rakyat akan melihat komitmen yang sama dari PAS seperti PRU lepas ketika PRN yang akan datang?

Pada masa yang sama, PAS telah menikam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, di saat-saat akhir PRU lepas.

Adakah ini bermakna DAP dan PKR bersedia untuk melupakan episod ini dalam persaingan diantara parti-parti Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi PRN nanti?

Sungguh menggelikan hati.

Mungkin DAP, PKR dan PAS beranggapan rakyat Sarawak dapat diperbodohkan. Tetapi PRU yang lepas menunjukkan ramai rakyat Sarawak amat bijak sehingga menyaksikan banyak kerusi  di Sarawak telah dimenangi oleh Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam PRN yang akan datang, Barisan Nasional, dimana PBB adalah sebagai parti tulang belakang, akan terus menguasai Sarawak bagi menyelamatkan Sarawak dari pertelingkahan politik diantara DAP, PKR dan PAS.

Hidup Barisan Nasional!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

PR sedia tawan Sarawak
by Clare Cinderella. Posted on July 16, 2013, Tuesday

MIRI: Pakatan Rakyat (PR) bersedia menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan mengumumkan bahawa mereka kini mula ‘menggempur’ kelemahan Barisan Nasional (BN).

Naib Pengerusi Parti Ke-adilan Rakyat (PKR) Negeri See Chee How berkata ‘gempur’ oleh PR yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS itu bukan sahaja mahu menegur malah membangkitkan kelemahan pentadbiran BN berhubung beberapa isu.

Katanya ini termasuk Jalan Pan Borneo dan isu tanah terutama tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang akan terus menjadi agenda utama PR pada PRN akan datang.

Walaupun BN mendakwa isu tersebut sudah selesai, namun ‘tidak’ bagi PR di sam-ping isu Empangan Baram dan lain-lain.

“Kami sudah bersedia dan bermula sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan datang, kerana kami yakin mampu melakukannya kali ini berdasarkan kepada peratusan undi BN yang jauh menurun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu,” katanya.

“Pada PRU13 lalu, peratusan undi BN di seluruh negeri menurun sebanyak 58 peratus, membuktikan kami berjaya memberi tentangan sengit di beberapa kerusi panas termasuk Baram,” katanya.

See yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang, berkata PR yakin menawan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk DUN Se-nadin, Telang Usan dan Marudi di Miri.

“Untuk membolehkan kami menawan dan meme-rintah Sarawak, PR perlu memenangi lebih separuh daripada 71 kerusi, namun kami tetap meletakkan sa-saran memenangi 71 kerusi termasuk Senadin,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, beliau hadir di Mahkamah Pilihan Raya di sini bagi pengurusan kes Petisyen Pilihan Raya Parlimen Baram yang dibuat melalui sidang video. See berkata, memantapkan gerakan ‘menggempur’ BN Sarawak, dalam tempoh dua tahun ini atau hingga menjelang PRN nanti, PR merancang membawa pemimpin-pemimpin PR Pusat khususnya dari Pulau Pinang untuk menyam-paikan ceramah dan mene-rangkan mengenai misi dan perjuangan mereka membawa perubahan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, PR akan mengenal pasti calon-calon berpotensi untuk dike-tengahkan pada PRN nanti.

Ketika ditanya mengenai isu calon yang sentiasa menimbulkan pertelingkahan di kalangan ketiga-tiga parti dalam Pakatan, See berkata: “Walaupun wujud isu ‘pertelingkahan’ mengenai calon, namun PKR sedia berunding dengan DAP mahupun PAS menye-lesaikannya”.

Hadir sama pada sidang media itu ADUN Piasau Alan Ling, ADUN Pujut Fong Pau Teck, Ketua Wanita PKR Negeri Voon Shiak Ni, Timbalan Pengerusi PKR Baram Roland Engan dan peguam bela Abun Sui Anyit.
   

No comments:

Post a Comment