Tingkah laku Pembantu Khas YB Chong Chieng Jen, Abdul Aziz Isa amat melucukan.
Jelas sekali tindakannya terpancar dari ketidak-matangan dalam memperjuangkan cita-cita politiknya dalam sebuah parti yang berkiblatkan pemimpin-pemimpin agung dari Malaya.
Perkara pokok yang dibicarakan ialah kegagalan salah seorang pemimpin agung parti Malaya menipu rakyat dengan imej sebersih Khalifah Umar Abdul Aziz tercalar gara-gara kemaruk kuasa.
Parti-parti Malaya sering kali memperlekehkan parti-parti tempatan, terutamanya parti-parti yang membentuk Kerajaan Sarawak, kononnya sebagai parti-parti yang korup - tidak menjaga kepentingan anak-anak Sarawak tetapi menjaga poket sendiri.
Tetapi apa yang telah berlaku di Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa selera pimpinan agung mereka di Malaya begitu besar.
Ini tidak termasuk kekecohan sebelum ini yang mengaitkan pimpinan tertinggi parti Malaya di sebuah negeri di Malaya atas sebab kes tanah dan skandal banglogate.Jelas sekali tindakannya terpancar dari ketidak-matangan dalam memperjuangkan cita-cita politiknya dalam sebuah parti yang berkiblatkan pemimpin-pemimpin agung dari Malaya.
Perkara pokok yang dibicarakan ialah kegagalan salah seorang pemimpin agung parti Malaya menipu rakyat dengan imej sebersih Khalifah Umar Abdul Aziz tercalar gara-gara kemaruk kuasa.
Parti-parti Malaya sering kali memperlekehkan parti-parti tempatan, terutamanya parti-parti yang membentuk Kerajaan Sarawak, kononnya sebagai parti-parti yang korup - tidak menjaga kepentingan anak-anak Sarawak tetapi menjaga poket sendiri.
Tetapi apa yang telah berlaku di Pulau Pinang jelas menunjukkan bahawa selera pimpinan agung mereka di Malaya begitu besar.
Beginilah bersihnya pimpinan agung Dap dari Malaya yang cuba dibersihkan lagi oleh agen parti-parti Malaya yang bertapak di Sarawak.
Secara peribadi saya berpendapat pengisytiharan harta semata mata tidak akan menjamin aktiviti rasuah akan dapat dibasmi.
Yang dapat menjamin aktiviti rasuah ini dibasmikan ialah apabila wujudnya budaya anti-rasuah dalam masyarakat.
Pihak SPRM patut dipuji kerana gigih menjalankan tanggungjawab sebagai agen budaya anti-rasuah dengan siasatan dan tangkap yang dibuat dari semasa ke semasa.
Pihak SPRM tidak memilih bulu dalam siasatan.
Mereka telah melakukan siasatan keatas Pehin Sri Abdul Taib Mahmud - dan kemudiannya dalam bulan Februari 2014 menyatakan tiada bukti penyalahgunaan kuasa untuk melakukan rasuah.
Pihak SPRM juga telah membekukan membekukan bank akaun milik bekas wakil rakyat BN dan juga bekas Menteri Muda Hal Ehwal Agama Islam pada bulan Mei tahun lepas.
Saya percaya pihak SPRM sedang melakukan siasatan terperinci keatas kes ini - seperti mana tindakan profesional SPRM dalam kes-kes yang lain.
Atas sebab itu, saya merasa jelek dengan kata-kata anak muda - agen Dap parti Malaya di Sarawak - yang cuba memberi gambaran negatif keatas SPRM.
Sekiranya benar beliau meletakkan keadilan diatas segala-galanya, maka agen parti Malaya ini patut mendesak SPRM melakukan siasatan terperinci keatas pimpinan agung mereka tersebut.
Mungkin beliau patut belajar dari Setiausaha Agung PKR YB Rafizi Ramli tentang peranan ahli politik dalam menentang gejala rasuah - dan bukannya belajar dari ketuanya YB Chong Chieng Jen yang diketahui umum sebagai penggemar publisiti murahan.
Dari satu sudut, PKR lebih 'jujur' daripada DAP dalam aspek menangani isu rasuah.
Oleh itu, saya menyarankan anak muda yang merupakan agen parti Malaya ini agar berjinak-jinak dengan PKR untuk belajar bagaimana hendak menjadi jujur dalam memerangi isu rasuah.
Buktikan terlebih dahulu pimpinan agung adalah bersih dari rasuah dan bukannya cuba untuk mengalih perhatian anak-anak Sarawak dari kotoran rasuah yang terpercik ke jubah Khalifah Umar Abdul Aziz Pulau Pinang.
Receive Regular Updates via Telegram
https://telegram.me/pandisuhaili
https://telegram.me/pandisuhaili
No comments:
Post a Comment