Saturday 1 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 01hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
01hb Ogos 2012
(merujuk kepada '' episod Bintulu dhaif " - Aduan Rakyat Bintulu)

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak tidak berhasrat untuk memanjangkan episod ‘Bintulu dhaif’ memandangkan pengacara TV3 Nurul Syuhada telahpun meminta maaf dalam akaun tweeter beliau.

Walau bagaimanapun, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak percaya ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau telah meminta maaf dalam akaun tweeter beliau.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasakan beliau kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai dhaif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada KDNK Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.

Bintulu adalah salah satu simbol klasik kepada politik pembangunan di Sarawak - sebuah negeri yang saiznya menyamai jumlah semua negeri di Semenanjung tidak termasuk Perlis - yang dipelopori oleh Ketua Menteri Sarawak yang turut menekankan pembangunan spiritual dan perpaduan kaum dalam proses pembangunan bandar, dan bukan semata-mata mengutamakan pembangunan fizikal sehingga masyarakat gagal berfungsi sebagai satu komuniti kerana ahli-ahli masyarakat bersifat individualistik melampau.

Ketika ini Sarawak telah memasuki era kedua gelombang politik pembangunan yang mensasarkan pembangunan manusia berpendapatan tinggi.

Diantara pelan tindakan menjurus kepada pembangunan manusia berpendapatan tinggi ini ialah pembangunan wilayah ekononi SCORE yang mana telah ada projek-projek dilaksanakan dan banyak lagi yang akan menyusul.

Bintulu sudah membangun untuk sekian lama dan Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pendalaman.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak berharap pihak TV3 memastikan semua maklumat adalah betul sebelum disiarkan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak juga berharap agar Nurul Syuhuda berusaha untuk memajukan diri dalam bidang kewartawanan dengan tidak mudah selesa dengan status sebagai pemberita yang hanya melaporkan apa yang dilihat atau dengar tetapi berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.

Diharapkan pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................




Nurul Syuhuda minta maaf

6 comments:

  1. Syabas En.Pandi, beginilah kita mengajar manusia yg bercakap ikut sedap mulut, ada hati nak jadi pengacara MHI,tp live pun tak reti jaga mulut.beginikah pengacara yg harus ditonjolkan oleh TV3?satu saluran media yg disegani tetapi menampilkan pengacara yg bukan sahaja cetek ilmu,tetapi tidak mementingkan sensitiviti masyarakat.harap pihak tv3 dpt memberi perhatian terhadap isu 'cakap tak berlapik' ni.sebagai pengacara di saluran media bernama besar seperti tv3,apatah lagi dlm program yang disiarkan secara lintas langsung,setiap skrip perlu memikirkan sentimen kemasyarakatan sejagat,bukan bercakap seperti berbual kosong ketika sarapan pagi.jgn kerana dek terlalu ingin menonjolkan kepetahan bercakap secara spontan, nilai peradaban dalam tuturkata dianggap remeh.bukannya warga Bintulu sekadar terkilan dgn kenyataan'dhaif' ini malah sgt bersimpati dgn kedhaifan NSNA yg sgt tidak update dgn perkembangan semasa dlm negara sendiri,kesian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. NSNA menggunakan alasan 'sebagai manusia biasa yg tak lari dari kesilapan',satu alasan tipikal utk cover diri sendiri,ternyata sgt tidak matang dan egois.susah sgt ke nak minta maaf scr terbuka setelah bercakap seperti pengacara bodoh yg takde asas dan pendidikan secara terbuka di hadapan rakyat Malaysis?sgt memalukan! Satu penghinsan kepada dunia pengacaraan.

      Delete
    2. Apalah guna muka yg cantik,kalau mulut serupa longkang,uek

      Delete
  2. Ye ke kesilapan dtg dari kekurangan diri?bukannya dari mulut yang takde insuran ke?please la so tipical and unmatured.dah ckp live,mohon maaf kat twitter,hampeh!!!!sgt childish!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samslah mcm dah berak,tapi tak nak beristinjak,hahaha.sejarah memalukan dlm dunia pengacaraan!NSNA boleh menang anugerah PD: Pengacara Dhaif.masuk Malaysian Book of Record wei....jgn tak tau!!!

      Delete
  3. Inilah gelagat manusia yang merasa tiada kekurangan. Yang saya maksudkn bukanya saudari nurul. kalau kita fahami bahawa maksud daif itu bukan satu, dua atau tiga perkara sahaja. Bila kita terlalu taksub sangat untuk jadi orang besar, lobang besar d tengah jalan pun tak nampak. Kita tanya kemana rezeki dari hasil bumi kita. Balai rasa tak siap, rumah ibadat bocor sana sini, air paip d bandar coklat, parit sumbat, sampan berlonggok, kampong tergadai, kes ncr berlarutan, pecah amanah berleluasa, dll

    ReplyDelete