Sunday, 11 February 2018
Tahniah kepada Naib Presiden PBB baharu
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada keempat-empat Naib Presiden PBB (sayap Bumiputera) baharu - Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapaee, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Kejayaan mereka memenangi jawatan tersebut menunjukkan para delegasi PBB telah menaruh kepercayaan tinggi kepada mereka serta mahukan kombinasi antara pemimpin baru dan lama bagi membantu Presiden mengukuhkan PBB.
Pemilihan dalam PBB adalah satu aktiviti yang sihat yang dilakukan dalam suasana kekeluargaan serta cukup harmoni.

Oleh itu, daripada perspektif ini, sebenarnya tiada pihak yang kalah ataupun yang menang kerana tanpa mengira siapa yang dipilih oleh ahli-ahli PBB, kesemua mereka akan berjuang untuk PBB.
Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua ahli-ahli PBB diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Exco Majlis Kerja Tertinggi (Bumiputera) pada konvensyen PBB tahun ini.
Saturday, 3 February 2018
Karim Pejuang Tulin PBB
Secara peribadi, saya amat kagum dan terharu dengan semangat tinggi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam memastikan perpaduan PBB sentiasa terjaga.
Saya percaya, ramai yang menjangka akan berlaku pertandingan untuk jawatan Naib Presiden Kanan diantara beliau dan Datuk Seri Fadilah Yusuf.
Tetapi apa yang gagal dijangka oleh ramai pihak ialah kesanggupan Karim untuk menolak ketepi hasratnya demi menjaga perpaduan dalam parti!
Semangat Karim inilah yang sepatutnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli PBB - iaitu meletakkan kepentingan parti diatas kepentingan peribadi!
Subscribe to:
Posts (Atom)