اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!
Setiap tahun kita menyambut keputeraan Rasulullah tanpa rasa jemu.
Bahkan sambutan keputeraan baginda memberi makna yang besar kepada kita kesemua.
Bagindalah nabi dan rasul ALLAH yang terakhir.
Bagindalah amat dicintai oleh orang Islam yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sekiranya baginda dihina.
Bagindalah seorang manusia yang memiliki budi pekerti yang tinggi yang mengkagumkan.
Sempena Maulidur Rasul yang mulia ini, saya mengajak rakan-rakan Muslim agar memperbanyakkan selawat kepada baginda Rasulullah.
Saya juga mengajak rakan-rakan Muslim agar sama-sama berusaha memperbaiki diri dengan mencontohi budi pekerti baginda Rasulullah.
Masyarakat Islam yang mencontohi baginda Rasulullah akan menjadi masyarakat yang benci dengan amalan-amalan yang tidak baik seperti rasuah, pembaziran dan sebagainya.
Negara yang memacu ke hadapan bergerak ke arah kemajuan seperti Malaysia amat memerlukan bantuan rakyat untuk membenteras amalan-amalan yang tidak baik ini.
Sekiranya amalan-amalan ini berleluasa, ia akan menjahanamkan negara dan menyukarkan usaha untuk memajukan negara.
Oleh itu, mencontohi budi pekerti baginda Rasulullah bukan sahaja memberi kesan yang positif di peringkat peribadi tetapi ia juga memberi kesan yang positif kepada pembangunan negara.
Marilah kita bersalawat kepada baginda Rasullullah - dan berusaha mencontohi baginda Rasulullah.
No comments:
Post a Comment