Thursday 4 August 2016

Sarawak mesti tegas dengan Petronas

Saya menyokong kenyataan Suarah Petroleum Group mengenai tindakan Petronas dalam proses penyusunan semula struktur operasi di Sarawak amat membimbangkan.

Kerajaan Barisan Nasional Sarawak mesti mengambil pendirian yang tegas untuk memastikan kepentingan anak-anak Sarawak terpelihara.

Peratusan yang kurang daripada 50% untuk perlantikkan anak-anak Sarawak ke jawatan-jawatan pengurusan amat mengecewakan.

Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional memberi kata dua kepada Petronas memandangkan industri minyak dan gas amat penting kepada Sarawak.

Mengapa Kerajaan Barisan Nasional Sarawak membiarkan sahaja operasi minyak dan gas di Sarawak dikuasai oleh bukan anak-anak Sarawak?


Kerajaan Barisan Nasional Sarawak tidak sepatutnya menghadkan tuntutan keatas royalti minyak sebanyak 20% tetapi juga mencakupi pembabitan sekurang-kurangnya 50% untuk setiap jawatan yang terbabit dalam operasi minyak dan gas di Sarawak.


Sedikit sebanyak ini akan memberi rezeki dan juga pengalaman yang berharga kepada anak-anak Sarawak.

1 comment:

  1. Kat semenanjung dh ramai sarawakian n sabahan berkerja di sektor swasta maupun kerajaan. Tak terlintas untuk bersifat kenegerian dan terfikir masih ramai lgi kerja2 ini boleh di isi oleh anak2 tempatan.lihat saja dilembah klang rata2 nya pekerjaan di kuasai oleh luar dari selangor atau KL dan sebagai anak jati selangor tiada rasa terpinggir atau tersisih. Imagine jika sekiranya Selangor maupun KL mengutamakan penduduk asalnya untuk mengisi kekosongan jawatan.

    ReplyDelete