Saturday 3 February 2018

Karim Pejuang Tulin PBB

Secara peribadi, saya amat kagum dan terharu dengan semangat tinggi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam memastikan perpaduan PBB sentiasa terjaga.

Saya percaya, ramai yang menjangka akan berlaku pertandingan untuk jawatan Naib Presiden Kanan diantara beliau dan Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Tetapi apa yang gagal dijangka oleh ramai pihak ialah kesanggupan Karim  untuk menolak ketepi hasratnya demi menjaga perpaduan dalam parti!


Inilah semangat tulin seorang pemimpin PBB yang sanggup mengundur diri demi kepentingan parti.

Semangat Karim inilah yang sepatutnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli PBB - iaitu meletakkan kepentingan parti diatas kepentingan peribadi!

Tahniah Karim diatas semangat PBB tulin yang telah ditunjukkan!

Terimakasih juga diucapkan kepada Karim diatas kesediaan untuk meletakkan kepentingan parti diatas kepentingan peribadi!

Hidup PBB

No comments:

Post a Comment