Saturday, 23 March 2013

Pendedahan video usaha cemar Sarawak - Naib Ketua Pemuda PBB

Utusan Malaysia

KUCHING 23 Mac (12:36am) - Video terbaharu menuduh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melakukan penyelewengan menguruskan tanah dan hutan negeri adalah cubaan jelas untuk mencemarkan Sarawak di mata dunia, kata Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Pandi Suhaili.

Beliau berkata, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghasilkan video itu berniat jahat untuk memfitnah Sarawak, pemimpin dan rakyatnya.

"Malah sebelum ini (sebelum video didedahkan), terdapat pelbagai cubaan oleh beberapa NGO barat untuk melemahkan pemimpin kami dan ekonomi negeri," katanya kepada Bernama.

Katanya, seperti yang berlaku beberapa tahun lepas sebuah NGO berpangkalan di Eropah mendakwa mewakili masyarakat Penan di Sarawak tetapi niat sebenar mereka adalah untuk mengganggu industri pembalakan, yang merupakan aktiviti ekonomi utama Sarawak.

"Akhirnya, kerajaan Sarawak yang tidak pernah mendakwa menjadi juara, yang mengambil langkah realistik untuk membantu kaum Penan dengan menyediakan kemudahan bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka," katanya.


Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Robert Laing Anyie berkata, pendedahan video itu bertujuan membangkitkan kebencian rakyat Sarawak terhadap pemimpin negeri.

Beliau berkata, pendedahan video itu yang dilakukan sekarang turut membangkitkan persoalan ketika rakyat Malaysia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan pembangkang cuba sedaya upaya untuk mencari kesalahan di pihak kerajaan.

Seorang pensyarah kolej swasta, Karambir Singh berkata, berbanding pencapaian Sarawak pada awal kemerdekaannya yang lewat dibangunkan berbanding sekarang menjadi antara negeri yang maju di negara ini sudah cukup membuktikan ketokohan kepimpinan Abdul Taib.

"Pembangunan dan kemajuan di Sarawak membuktikan segalanya. Jika benar berlaku penyelewengan rasuah, tiada pembangunan langsung di Sarawak," katanya. - BERNAMA
   

10 comments:

  1. bukan dah lama tercemar ka?

    ReplyDelete
  2. logik dia senang je. kalau tak nak tercemar jangan merompak harta rakyat.

    Enti udah bau but, spray ngau minyak wangi nadai ulih di kelalai.

    ReplyDelete
  3. Kah kahh. .cali bak kata org miri..nok tercemar taib bkn negeri kmk swk..nya nok jaik rompak tanah harta..nya la nok tercemar.

    ReplyDelete
  4. nok tercemar ya nama baik family taib mahmud.. nok tercemar ya nama parti memertinah yang diketuai oleh taib mahmud.. nok tercemar ya nama parti memerintah yang sekda teloq mok komen ap apolah taib..

    nama sarawak menten jak pok intact ..

    kah kah kah ..

    agak agak lah mok kaber bos pokkkk :)

    ReplyDelete
  5. Sene ko skolah pok? Statement miak sik sekolah

    ReplyDelete
  6. Antara penduduk paling miskin ialah Sarawak.

    ReplyDelete
  7. nama jak PEMUDA tapi umur 40 ke atas. Kah kah kah

    ReplyDelete
  8. TAIB MAHMUD is a legend. .. nya adalah antara Politician yg paling berjaya di dunia..bkn ajak di Malaysia. .nya berjaya membawa negeri Sarawak jadi kinek tuk..he is the best..ko ada?
    Mun nak dibanding dgn ktk org anok komen menjaik taib..iboh ajak..puiii ..jauhh pak awe..
    Sikit pun sikda apa apa sumbangan..

    ReplyDelete
  9. sapa maok kenak liwat. gian tok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Nuwar...puiii..kali tuk kalah teruk pakatan..main jobor..kenak laknat..

    ReplyDelete