Sunday 20 July 2014

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tambi Jaee dan keluarga

Ketika rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi MH17, saya tidak menyangka sama sekali bahawa ada dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami kejadian malang tersebut dikenali saya.

Walau bagaimanapun hati kecil saya berdetik kerisauan apabila seorang jurutera wanita yang bekerja di Bintulu Development Authority dikatakan berada didalam pesawat yang malang tersebut.

Ini adalah kerana saya amat mengenali seseorang yang isterinya bekerja sebagai jurutera di BDA.

Apabila nama jurutera tersebut telah diketahui, maka kesedihan terus menyelinap dihati saya.

Saudara Tambi Jaee adalah kenalan saya ketika dia bekerja di Bintulu sebelum dia mencari rezeki di Kazakstan.
  

Saya mengenalinya melalui bapa saudara isterinya di Bintulu yang merupakan rakan baik saya.

Saya berdoa kepada ALLAH, semoganya dan juga roh-roh ahli keluarganya akan dimasukkan dikalangan orang-orang yang memasuki syurga Firdaus.

Amin.

Pandi Suhaili
Bekas Naib Ketua Pemuda PBB

p/s Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada para penumpang yang lain.

No comments:

Post a Comment