Ia adalah satu diskusi yang menarik tentang bentuk (form) dan isi (substance).
Yang manakah lebih penting - dalam konteks isu politik semasa?
Dalam keghairahan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak berusaha untuk mendapatkan hak-hak negeri Sarawak, ada usaha untuk meletakkan Sarawak sebagai sebuah 'wilayah' yang setaraf dengan Malaya.
Ini telah menyebabkan ada pihak yang merasa kurang senang kerana beranggapan ia akan mengganggu usaha untuk mendapatkan hak-hak negeri.
Bahkan ada yang beranggapan hak-hak negeri Sarawak (substance) lebih penting daripada status 'wilayah' (form).
Dari segi politik, pada pemahaman saya, kedua-dua bentuk dan isi adalah penting.
Bahkan bentuk akan menentukan tahap signifikan dan releven isi.
Sewajarnya Sarawak berstatus 'wilayah' lebih layak untuk menikmati hak-hak yang telah dihakis oleh Malaya berbanding dengan Sarawak yang berstatus 'negeri' seperti negeri-negeri lain di Malaya.
Walau bagaimanapun, kesudian Kerajaan Barisan Nasional di Putrajaya untuk berunding dan menyerahkan semula hak-hak ini menjadikan isu status negeri Sarawak kurang penting buat masa ini.
Dalam kata lain, memandangkan Kerajaan Barisan Nasional di Putrajaya telah bersetuju untuk duduk dimeja perundingan mengenai hak-hak Sarawak, maka penekanan patut diberikan kepada isi (hak-hak Sarawak) dan bukannya bentuk (status 'wilayah').
Malaya sudah bersedia untuk memberi, maka peluang tersebut patut diambil dengan segera tanpa perlu melengahkan masa dengan berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan Sarawak sebagai sebuah 'wilayah'.
Bahkan saya amat yakin, persoalan tentang status Sarawak sebagai 'wilayah' sudah pasti akan timbul dalam perbincangan mengenai penyerahkan semula hak-hak Sarawak.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini - Sewajarnya Sarawak berstatus 'wilayah' lebih layak untuk menikmati hak-hak yang telah dihakis oleh Malaya berbanding dengan Sarawak yang berstatus 'negeri' seperti negeri-negeri lain di Malaya.
Oleh itu usah kita gundah gelana dengan status negeri Sarawak buat masa ini.
Marilah kita semua berdiri dengan teguh dibelakang kepimpinan Tan Sri Adenan Satem yang sedang berusaha untuk mendapatkan semula hak-hak negeri Sarawak!!!
Situasi politik terkini menjadikan mendapatkan hak-hak lebih penting daripada mendapatkan pengikhtirafan status 'wilayah'.
No comments:
Post a Comment