Pembohongan DAP akhirnya terbukti apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memuji pentadbiran bekas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Selama ini rakyat Sarawak, khasnya masyarakat Cina, ditiup dengan api kebencian terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah beliau tidak mempunyai sebarang jasa kepada Sarawak.
Tapi ternyata DAP berbohong dan menipu rakyat Sarawak selama ini.
Kini DAP sedang berusaha untuk menipu rakyat Sarawak sekali lagi dengan membuat dakwaan-dakwaan negatif terhadap Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Rata-rata mengetahui bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah banyak melakukan perubahan yang positif walaupun hanya memegang jawatan Ketua Menteri dalam tempoh yang singkat.
Rakyat Sarawak mesti berganding bahu untuk nyahkan DAP dan sekutunya dalam pembangkang dari muka bumi kenyalang.
Sampai bila rakyat Sarawak mahu mendengar kata-kata penipuan dari pemimpin DAP yang suka menipu dengan memburuk-burukkan pemimpin Barisan Nasional.
Ayuh! Kita nyahkan DAP dan sekutu mereka!
No comments:
Post a Comment