Thursday 27 February 2014

Pembangkang digesa jangan teruskan rancangan perhimpunan haram pada Sabtu ini di Kuching

Pembangkang hanya akan mengundangk kemarahan rakyat Sarawak sekiranya mereka meneruskan niat untuk membuat perhimpunan haram membantah perlantikkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak pada hari Sabtu ini di Kuching.

Sumbangan Taib kepada pembangunan negeri Sarawak amatlah besar sehingga melayakkannya digelar sebagai Bapa Pembangunan Moden Sarawak.

Atas dasar tersebut, Taib adalah seorang calon yang layak untuk dilantik sebagai TYT sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri Sarawak.

Keengganan pihak pembangkang mengakui hakikat ini menunjukkan mereka hanya mengamalkan politik negatif yang enggan melihat sebarang kebaikkan yang ada pada pihak lawan.

Negeri Sarawak memerlukan pembangkang yang mempunyai minda yang 'professional' yang dapat membantu Sarawak maju kehadapan; dan bukannya pembangkang yang mempunyai minda busuk dan jahat yang hanya bertujuan untuk mencari publisiti murahan dengan mengadakan perhimpunan haram untuk mendapatkan perhatian rakyat Sarawak.

Perhimpunan haram ini hanya akan mengukuhkan lagi pandangan bahawa pihak pembangkang terdiri dari mereka yang tidak mempunyai sikap berterimakasih kepada pihak yang telah bertungkus lumus membangunkan Sarawak sehingga ramai orang Sarawak - termasuk pihak pembangkang sendiri dan anak-anak mereka - mampu mendapatkan pendidikan tinggi dan kemudiannya mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Sikap tidak berterimakasih ini amat menjengkelkan.

Pada masa yang sama, sikap pembangkang yang hanya berpolitik negatif memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap mereka.

Apa yang sedang berlaku di Kajang sekarang adalah contoh yang terbaik!

ADUN Kajang 'dipaksa' mengosongkan kerusi bagi membuka laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding walhal ADUN berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah - baik disiplin ataupun kesihatan.

Pilihanraya kecil ini terpaksa diadakan semata-mata kerana Anwar tamak kerusi Menteri Besar Selangor.

Adakah pembangkang mengatakan tidak ada seorangpun rakyat selangor layak untuk menjadi Menteri Besar sehingga terpaksa mengambil Anwar dari Pulau Pinang untuk dilantik menjadi Menteri Besar?

Rakyat Sarawak patut rasa loya dan menolak politik pembangkang yang tidak beretika.

Sekiranya rakyat Sarawak dapat ditipu mereka untuk menyerahkan kepimpinan negeri kepada mereka, negeri Sarawak akan hancur!

Kita mesti boikot perhimpunan haram ini dan tolak pembangkang yang hanya tahu menanam rasa benci kepada pemimpin!

Sarawak tidak akan maju sekiranya ditadbir oleh mereka ini!
  

2 comments:

  1. Great Note!, and welcome back ...yang hitam kalau hari hari dikatakan putih akan Nampak putih..terutama generasi y.

    YB & MP BN yang telah dipilih juga perlu selalu tunjuk muka kekawasan dan dalam tempoh 5 tahun wajib sudah melawat semua kampung dalam kawasan dia..Lihat sendiri apa yang berlaku dibawah bukan bulat bulat menerima laporan yang enak dari akar umbi parti..( yg pasti laporan itu sedap sedap belaka) jadi sik lah susah nangkis peluru pembangkang kerana kami pengundi sedia dihadapan sebagai perisai!!

    ReplyDelete
  2. Ramai yang melihat bahawa Pehin Seri telah memanipulasikan perlantikan sehingga mendapat kuasa mutlak untuk memilih KM dan mencalon dirinya sebagai TYT.

    Menurut kawan bahawasanya pemilihan KM wajib dibuat oleh PBB. Tetapi beliau telah berjaya mendapat kuasa mutlak dari Parti untuk memilih calon KM.

    Selepas itu mendorong Parti untuk mencalon dirinya sebagai TYT. Demokrasi sudah mati dalam PBB. Jika diteruskan PBB juga hancur seperti SUPP.

    pada hemat umum orang melayu seperti Abang Ahmad Urai , Bujang Nor , Safari Awang Zaidell dllnya semuanya layak jadi TYT.

    Begitu juga KM Sarawak. Yang layak ialah Jabu Numpang atau Johari. Sebab PBB sudah dalam tangan Pehin Seri maka beliau boleh buat apa sahaja. Seolah olah Sarawak kepunyaan dia. Maka Pehin Seri pilih TS Adenan bekas adek ipar nya sendiri. Tujuannya untuk menjaga kepentingan dirinya.

    ReplyDelete