Monday 13 August 2012

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu agih 500 Jalur Gemilang

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu agih 500 Jalur Gemilang
Posted on August 13, 2012, Monday

CINTA KEPADA NEGARA: Dr Annuar (bersongkok) serta yang lain melakukan simbolik pelancaran Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan 2012 di Sibu, petang kelmarin.

SIBU: Sebanyak 500 Jalur Gemilang telah diagihkan oleh Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak kepada orang ramai di sini, petang kelmarin.

Pengagihan itu adalah sempena Kempen Mengibar Jalur Gemilang dan Bulan Kemerdekaan 2012 yang dianjurkan kedua-dua sayap parti tersebut yang berlangsung di Jalan Simpang Tiga, Kampung Nangka (berhampiran bulatan simpang Kampung Hilir).

Program itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee.

Hadir sama pada program itu ialah Naib Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak Pandi Suhaili, Ahli Exco Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak Radin Kadri Radin Budiman serta ketua-ketua Pemuda PBB dari wilayah tengah.

Kempen itu merupakan aktiviti berterusan Pemuda PBB Wilayah Tengah yang bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara serta menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.
 

No comments:

Post a Comment