Saturday 11 August 2012

Program Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia

Ogos 18, 2012

GIMIK PELANCARAN: Dr. Annuar dan Pandi melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan
sempena pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia

SIBU: Lebih dari 70 Pemuda PBB dari hampir 40 cawangan PBB turut serta dalam Program Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia yang dianjurkan oleh Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pemuda PBB Sarawak di Simpang Tiga, Kampung Nangka petang tadi.

ADUN Nangka Dr. Annuar Rapaee juga turut serta dalam program tersebut.

Beliau dan ahli-ahli Pemuda PBB memberi Jalur Gemilang pada orang ramai sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat agar mengibarkan Jalur Gemilang.
  
Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili, ketika ditemubual sewaktu program dijalankan, berkata Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat Sarawak bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia meraikan Hari Malaysia tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

"Adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dengan mempolitikkan Hari Malaysia dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat.

"Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat berharap perbuatan pihak pembangkang yang mempolitikkan Hari Malaysia akan dapat menyedarkan penyokong pihak pembangkang, terutamanya rakyat Sarawak, bahawa pihak pembangkang sebenarnya tidak berminat untuk memastikan Malaysia aman tetapi sentiasa berhasrat untuk berkonflik dengan Kerajaan Malaysia agar kekecohan berlaku dalam negara," ujar beliau.

Turut serta dalam program tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PBB Wilayah Tengah Radin Kadri Radin Budiman, merangkap Timbalan Ketua Biro Ekonomi Pemuda PBB.

Sila klik Program Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia untuk melihat album.

No comments:

Post a Comment