Saturday 15 September 2012

Hampir 200 pemuda PBB sertai Pandi buat laporan polis keatas Md Yusri di Balai Polis Sibu Jaya

September 15, 2012



SIBU: Hampir 200 ahli Pemuda PBB dari 23 cawangan PBB di Wilayah Tengah telah menemani Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili untuk membuat laporan polis keatas ahli panel TV1 Bicara Kampus Md Yusri di Balai Polis Sibu Jaya hari ini.

Menurut Pandi, laporan polis dibuat untuk memastikan bahawa keharmonian di negara tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif seperti kenyataan yang telah dibuat oleh Md Yusri yang menyinggung perasaan rakyat Sarawak.

"Perlu diingatkan disini bahawa generasi muda perlu mengetahui sejarah penubuhan Malaysia dan tidak memandang ringan keatas keperluan untuk memastikan kerharmonian yang sekian lama wujud dikalangan rakyat Malaysia hendaklah sentiasa dikekalkan pada setiap ketika," ujar beliau.

Beliau menambah keputusan untuk membuat laporan polis bukannya untuk memperbesarkan hal ini tetapi semata-mata untuk menjaga perpaduan dikalangan rakyat.

"Diharapkan pihak kementerian akan menghentikan program Bicara Kampus buat sementara waktu ketika pihak polis sedang melakukan siasatan sebagai tanda sokongan diatas usaha kita untuk menjaga kehormanian di Malaysia.



"Kita juga berharap agar semua pihak agar bertenang dan tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan," ujar beliau lagi.

Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Utara dijadualkan akan membuat laporan polis di Miri esok.

No comments:

Post a Comment