Keputusan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak untuk tidak membenarkan Putrajaya menutup dan menukar status dua Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak adalah keputusan yang terpuji.
Ternyata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem telah mengukuhkan imejnya sebagai pembela anak-anak Sarawak dengan keputusan tersebut.
Bahkan saya tidak pernah meragui kesungguhan Tan Sri Adenan Satem untuk memperjuangkan hak-hak Sarawak!
Terimakasih Tan Sri!!!
Saya juga setuju dengan kenyataan Tan Sri Adenan yang mengatakan keputusan untuk menukar dan menutup IPG tersebut adalah satu keputusan yang bodoh!
Saya amat gembira kerana bantahan keatas keputusan yang bodoh tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Marilah kita semua berdiri dengan kukuh dibelakang Tan Sri Adenan Satem untuk memastikan perjuangan untuk membela dan mendapatkan hak-hak Sarawak akan dapat diteruskan sehingga menemui kejayaan!
Hidup Tan Sri Adenan Satem!!!
No comments:
Post a Comment