Keputusan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg untuk menghantar sepasukan peguam yang diketuai oleh Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantau Projek YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ke London untuk meneliti rujukan Perjanjian Malaysia 1963 adalah tepat sekali.
Ia menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak benar-benar serius untuk mendapatkan hak-hak Sarawak yang terhakis sedikit demi sedikit sejak dulu.
Saya percaya pemergian ini akan dapat membantu Kerajaan Barisan Nasional mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap hak-hak Sarawak - dan ini sudah semestinya akan banyak membantu Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dalam membuat persediaan untuk mendapatkan semula hak-hak yang telah terhakis.
Walau bagaimanapun, saya beranggapan ianya lebih elok sekiranya Kerajaan Barisan Nasional Sarawak menetapkan had tempoh masa untuk mendapatkan rujukan ini bagi membolehkan pasukan peguam ini tidak alpa dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Pada pandangan kasar, rata-rata rakyat Sarawak beranggapan hak-hak Sarawak telah terhakis.
Tetapi dengan adanya usaha yang murni ini, rakyat Sarawak akan mengetahui dengan lebih mendalam tentang hak-hak yang terhakis tersebut.
Akhirkata, saya menyokong penuh usaha yang murni ini dan saya menyeru rakyat Sarawak agar bersama-sama dengan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dalam usaha mencari maklumat-maklumat yang penting ini.
Tahniah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg!!! Kesungguhan Datuk Amar membuat rakyat Sarawak bangga mendapat seorang Ketua Menteri seperti Datuk Amar!!!
No comments:
Post a Comment