Wednesday 27 April 2016

Orang Malaya kempen di Sarawak - Sila Jaga Adab

Saya menyeru parti-parti yang beribu pejabat di Malaya agar menjaga tingkahlaku  ahli-ahli parti yang diterbangkan dari Malaya untuk berkempen di Sarawak.

Seruan ini dibuat atas sebab untuk mengelakkan sentimen SARAWAK FOR SARAWAKIAN disemarakkan dengan api kebencian yang melampau terhadap orang Malaya.

Mereka yang datang ke Sarawak atas sebab berkempen akhirnya akan kembali semula ke Malaya.

Tetapi ramai orang Malaya yang tidak akan menyusuli mereka untuk kembali ke Malaya atas sebab pekerjaan ataupun sudah menetap di Sarawak atas sebab perkahwinan.

Tindak-tanduk agresif ahli-ahli yang didatangkan dari Malaya hanya akan membuat perasaan meluat dan benci terhadap orang Malaya semakin kuat.

Sarawak bukan Malaya walaupun sebahagian daripada Malaysia.

Hormatilah anak-anak Sarawak walaupun dari parti lain.

Jangan bawa sikap agresif Malaya ke Sarawak kerana yang akan menanggung akibat ialah orang-orang Malaya yang akan berada di Sarawak selepas berakhirnya pilihanraya negeri.

Jaga adab ketika berada di negeri orang.

2 comments: