Sunday 2 October 2016

Tolak politik agresif dan provokatif Malaya


Pergelutan diantara penyokong BERSIH dan Baju Merah yang berlaku di Teluk Intan amat mendukacitakan.

Peristiwa itu tidak memeranjatkan memandangkan politik agresif dan provokatif yang menjadi budaya politik di Malaya.

Jelas kelihatan bahawa budaya politik sebegini di Malaya tidak terhad kepada satu golongan sahaja tetapi melibatkan semua pihak.

Saya amat berharap rakyat Sarawak menjadikan peristiwa muktahir ini sebagai peringatan tentang bahayanya politik agresif dan provokatif kepada kesejahteraan masyarakat.

Kita semua mesti menolak budaya politik ini tanpa mengira pihak mana yang mengamalkan budaya ini ataupun memulakan provokasi.

Saya amat khuatir dengan kehadiran parti-parti politik Malaya di Sarawak.

Parti-parti politik ini boleh menjadi platfom kepada penyebaran budaya politik Malaya yang negatif di Sarawak.

Sekiranya rakyat Sarawak tidak membendung budaya politik ini, mungkin dimasa hadapan rakyat Sarawak akan bertumbuk sesama sendiri seperti yang berlaku di Teluk Intan baru-baru ini.

Sekiranya benar semangat anak Sarawak itu penting, maka marilah kita memujuk anak-anak Sarawak yang menyokong parti-parti Malaya agar berhijrah ke parti-parti tempatan Sarawak.

Ini untuk memastikan bahawa budaya politik Malaya yang negatif ini dapat dibendung.

Bahkan sebaik-baiknya, parti-parti politik Malaya ini hendaklah dinyah daripada muka bumi Sarawak yang tercinta ini.

Akhirkata, Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada anak-anak Sarawak yang beragama Islam.

No comments:

Post a Comment