Thursday 4 April 2013

PRU13 : Pakatan Pembohong akan musnahkan ekonomi Malaysia dengan janji turunkan harga minyak

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04hb April 2013
(merujuk kepada ''  Manifesto PR ")

Janji, bukan manifesto, Pakatan Rakyat bahawa harga minyak akan diturunkan apabila mereka berjaya berkuasa kelak menggelikan hati.

Ini disebabkan semua sudah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat akan berjanji apa sahaja asalkan mereka berkuasa.

Apa yang berlaku selepas berkuasa, ianya tidak penting.

Telah banyak bukti-bukti penipuan Pakatan Rakyat yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan apa yang mereka janjikan ialah manifesto; walaupun hakikatnya janji-janji tersebut hanyalah janji-janji manis untuk mengambil undi.

Berbalik kepada janji harga minyak akan diturunkan, Pakatan Rakyat sebenarnya berbohong kepada rakyat.

Subsidi kerajaan bukan terhad hanya kepada bahan makanan asas sahaja tetapi ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan sebanyak 17 bilion ringgit.

Ini meliputi:

Pertama: Bagi setiap liter petrol RON95, harga asal 2 ringgit 75 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 90 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 85 sen atau 31 peratus dari harga sebenar;

Kedua: Bagi setiap liter diesel, harga asal 2 ringgit 66 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 86 sen atau 32 peratus dari harga sebenar; dan

Ketiga: Bagi setiap tong 14 kilogram gas memasak, harga asal 48 ringgit 2 sen, rakyat hanya bayar 26 ringgit 60 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 21 ringgit 42 sen atau 45 peratus dari harga sebenar.

Selain itu, Kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bil elektrik berjumlah 20 ringgit sebulan dan ke bawah yang telah dilaksanakan sejak 2009.

Pemberian subsidi ini melibatkan peruntukan 150 juta ringgit dan seramai 1 juta isi rumah akan mendapat manfaat.

Semua subsidi, insentif dan bantuan ini berjumlah 33.2 bilion ringgit.

Oleh itu, mampukah harga minyak untuk diturunkan lagi?

Semakin turun harga minyak kos subsidi akan menjadi semakin tinggi.

Mampukan Pakatan Rakyat, sekiranya berjaya membentuk kerajaan, memenuhi manifestonya?

Ataupun ianya sekadar omong-omong kosong belaka?

Dari kajian yang telah dilakukan oleh Kementerian Kewangan terhadap janji-janji manis Pakatan Pembangkang, Malaysia akan mengalami kadar defisit negara sehingga lapan peratus.

Akibat dari ini, negara akan menanggung hutang yang besar dan seterusnya menjadi muflis.

Adakah ini membawa makna Pakatan Pembangkang sanggup memufliskan negara demi taksub dengan kuasa?

No comments:

Post a Comment