Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
31hb Julai 2012
(merujuk kepada '' Cholera outbreak still confined to Bintulu " - The Star)
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat berharap Jabatan Kesihatan Sarawak dapat dengan segera meningkatkan tahap perkhidmatan kesihatan di Hospital Bintulu sebagai usaha untuk menangani wabak kolera yang sedang melanda daerah Bintulu.
Untuk makluman Jabatan Kesihatan Sarawak, maklumat yang diterima mengenai tahap perkhidmatan kesihatan yang diberikan agak membimbangkan kerana ianya mungkin kurang efektif sekiranya jumlah kes kolera tiba-tiba bertambah secara mendadak.
Ahli-ahli Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak di bahagian Bintulu juga sanggup untuk turun ke padang bersama-sama dengan kakitangan Jabatan Kesihatan Sarawak untuk membantu menangani wabak kolera sekiranya bantuan diperlukan.
Pergerakan Pemuda PBB Sarawak percaya dengan bantuan yang bakal dihulurkan, usaha untuk menangani wabak kolera lebih mudah untuk ditangani.
Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................