Friday 16 November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 16hb November 2012



Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
16hb November 2012
(Isu Murtad & Guling BN)

Terdapat dua perkembangan menarik mutakhir ini:-

(a) Sokongan kebebasan agama untuk orang Melayu oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah telah cuba untuk menyalahkan pihak media sebagai memutarbelitkan kenyataannya. 

Beliau telah mengancam akan menyaman pihak media yang terbabit.

Walau bagaimanapun, Siti Zabedah, peguam Hak Asasi Manusia yang mengajukan soalan kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, telah mengkritik Nurul Izzah kerana cuba untuk berdalih.

Siti Zabedah dengan beraninya berkata Nurul Izzah tidak boleh berdalih kerana adanya bukti yang menunjukkan beliau menyokong kebebasan agama untuk orang Melayu.

Nurul Izzah telah didesak untuk menyaman Siti Zabedah tetapi sehingga sekarang, Naib Presiden PKR mendiamkan diri.

Bahkan Siti Zabedah amat yakin bahawa Nurul Izzah tidak akan berani untuk menyamannya.

Kesimpulan: Sekiranya Nurul Izzah merasakan dirinya di pihak yang benar, maka beliau mesti menyaman Siti Zabedah! 

Dan sekiranya beliau gagal berbuat demikian, maka ianya akan mengukuhkan lagi tanggapan masyarakat bahawa beliau dan pemimpin Melayu dalam PKR menyokong kebebasan agama untuk orang Melayu.

(b) Keengganan Dewan Ulama PAS untuk membuat 'fatwa' terhadap sokongan kebebasan agama untuk orang Melayu oleh Nurul Izzah

Dewan Ulama PAS merasakan isu kebebasan agama untuk orang Melayu sebagai satu isu kecil yang tidak memerlukan ulama-ulama PAS membuat sebarang ulasan.

Atas sebab itu, Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk membuat tafsiran masing-masing keatas sokongan kebebasan agama untuk orang Melayu.

Dewan Ulama PAS berpendapat isu merampas kuasa dari Barisan Nasional lebih penting.

Kesimpulan: Dalam erti kata lain, Dewan Ulama PAS merasakan isu kuasa lebih penting dari isu akidah.

Keengganan PAS untuk membuat 'fatwa' ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa PAS hanya berminat dengan kuasa; dan agama hanyalah satu komoditi kepada parti tersebut untuk mendapatkan sokongan dari orang Melayu / Islam.

No comments:

Post a Comment