Friday 23 November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 23hb November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
23hb November 2012
(merujuk kepada 
- We Love Prophet Muhammad Global Club of Malaysia


Pujian harus diberikan kepada usaha untuk mengetengahkan penderitaan rakyat Palestin akibat dari kezaliman rejim zionis Israil yang tanpa ada rasa malu ataupun takut untuk bertindak kejam keatas saudara sedarah mereka.

Bukan semua rakyat Palestin berbangsa Arab kerana ada yang berbangsa Yahudi. Dan mereka semua dari jalur keturunan yang sama dengan bangsa Yahudi yang membentuk rejim zionis Israil.

Walau bagaimanapun, atas sebab rasa tamak haloba yang extreme, mereka sanggup untuk membunuh tanpa mengira siapa. 

Rejim zionist Israil berani bertindak sedemikian kerana mereka tahu bahawa negara yang kononnya raja demokrasi dunia, Amerika Syarikat, berdiri dibelakang mereka.

Walaupun sudah nyata rejim zionis Israil bertindak ganas zalim, Amerika Syarikat, yang dipuja-puja oleh parti pembangkang, akan tetap membela mereka.

Adalah diharapkan lebih banyak usaha-usaha untuk mengetengahkan penderitaan rakyat Palestin dilakukan di negeri ini.

Pihak NGO seperti Aman Palestin dan We Love Prophet Muhammad Global Club perlu bergabung tenaga dan kemahiran secara strategik untuk memastikan objektif untuk membantu rakyat Sarawak memahami penderitaan rakyat Palestin akan dicapai dengan mudah.

Marilah kita berdoa agar penderitaan rakyat Palestin akan berakhir tidak lama lagi.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................


Diambil dari We Love Prophet Muhammad Global Malaysia Club
Klik di sini untuk lebih banyak gambar.



No comments:

Post a Comment