Nathaneil Philip R.I.P |
Pergerakkan Pemuda PBB Jepak
mengucapkan TAKZIAH
kepada
keluarga mendiang
Posted on August 27, 2012, Monday
SIBU: Akhbar Utusan Borneo kehilangan seorang editor bahagian sukannya, Nathaneil Philip, 36, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman kakitangan syarikat akhbar itu di Kuching, awal pagi semalam.Mendiang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menghembuskan nafas terakhirnya ketika berada di kediamannya.
Mendiang meninggalkan seorang balu iaitu Catherine Ginau, 36, dari Mukah yang merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di daerah Bau serta dua anak iaitu Nicholas Lium berusia 11 tahun (Tahun Lima) dan Nickodemus Sauh, berusia lima tahun (tadika).
Mayat mendiang dibawa ke rumah ayahnya di Kampung Bahagia Jaya, Teku di sini dan tiba pada jam 11 pagi setelah bertolak dari Kuching pada jam 5 pagi.
Suasana pilu dan hiba menyelubungi kediaman ayahnya sebaik sahaja mayat mendiang tiba di situ apabila saudara-mara, sahabat handai dan ahli keluarganya berkumpul untuk menunggu mayat mangsa tiba sejak awal lagi.
Anak kedua daripada lima adik-beradik itu berasal dari Nanga Geremai, Kanowit dan menetap di Kampung Bahagia Jaya, Teku bersama ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain.
Menurut ayahnya Philip Lium, mendiang merupakan seorang anak yang pendiam namun taat kepada tunjuk ajar orang tua serta bertanggungjawab dalam semua tugasnya di samping berperanan sebagai seorang ayah.
“Pemergian mendiang sangat mengejutkan seluruh keluarga kami kerana tidak menyangka mendiang pergi begitu cepat meninggalkan kami pada usia yang sangat muda.
“Kami masih terkejut dengan berita ini. Bagaimanapun, kami reda dengan pemergian beliau buat selama-lamanya,” ujarnya yang enggan meneruskan perbualan dengan pemberita ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Rakan sekerjanya iaitu Freddy Bohari pula menyifatkan mendiang seorang pekerja yang bertanggungjawab dalam setiap amanah yang diberikan.
“Mendiang ketika di pejabat semalam (Sabtu) tidak menunjukkan sebarang tanda pelik malah bekerja seperti biasa.
“Justeru kami tidak menyangka mendiang akan pergi buat selama-lamanya,” ujarnya.
Freddy memberitahu bahawa mendiang merupakan kawan lamanya sejak kecil lagi dan merupakan seorang yang sangat peramah meskipun pendiam.
“Sudah pasti selepas ini, pemergiannya akan dirasai oleh kami semua kakitangan akhbar Utusan Borneo dan bahagian sukan akhbar ini khususnya.
“Diharap keluarga mendiang tabah menghadapi dugaan ini dan pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat Utusan Borneo,” tambah beliau.
Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, mendiang dikatakan sempat menonton satu perlawanan bola sepak Liga Inggeris menerusi siaran langsung di televisyen.
Selepas menonton perlawanan itu, mendiang masuk ke biliknya untuk tidur dan tidak lama selepas itu dia difahamkan diserang sakit jantung dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 pagi.
Mendiang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Iban SDNU di Jalan Teku di sini pada Selasa ini (esok) jam 8 pagi.
........................................................................................
Posted on August 27, 2012, Monday
SIBU: Utusan Borneo’s sports editor Nathaneil Philip, 36, died in his sleep following a heart attack in the wee hours in Kuching yesterday.
Before going to sleep at about 2am, Nathaneil, who has a degree in Human Resources from Unimas, was watching football matches on TV.
But as he lay down on his bed, he experienced breathing difficulties, thus prompting his wife Cathrine Ginau to call for an ambulance.
He leaves behind his 36-year-old wife, who is a teacher, and their two sons Nicholas Lium, 11, and Nickodemus Sauh, 5.
His father Philip Lium said Nathaneil was the second eldest among five siblings and that “he was a good son”.
His remains were transported from Kuching at about 5am yesterday to Kampung Bahagia Jaya, Sibu, for a ritual.
He will be buried at the Sarawak Dayak National Union (SDNU) cemetery in Teku Road on Tuesday at 8am. One of his colleagues, Freddy Bohari, described the Kanowit-born Nathaneil as a responsible and punctual sports editor.
condolence to the family
ReplyDelete