Wednesday 17 April 2013

Kebongkakan Chong buatkan dia gagal lihat realiti politik Sarawak



BINTULU: Kebongkakan Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen membuatkan dia gagal melihat realiti politik semasa yang sedang berlaku di negeri ini, kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Pandi Suhaili.

“Mungkin dia (Chong) beranggapan rakyat di negeri ini mudah dihasut sebagaimana yang dilakukan oleh DAP pada Pilihan Raya Negeri yang lalu sehingga menyebabkan kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) jatuh ke tangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam blognya bagi merujuk kepada ‘Chong to Taib: Your last day in office is on April 15.

Jelasnya, sekiranya Chong berpendapat dengan bercakap tentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan menyebabkan kaum Cina kembali menyokong mereka (DAP), Pergerakan Pemuda PBB ingin menegaskan bahawa andaian Chong adalah meleset sama sekali.

“Pihak yang harus ditentang oleh DAP agar rakyat kembali menyokong parti berkenaan ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana parti terbabit adalah diibaratkan sebagai duri dalam daging buat DAP meskipun mereka bergerak seiring dalam Pakatan Rakyat (PR),” ujarnya.

Chong, katanya boleh berlakon seolah-olah kehadiran PAS dalam PR membantu DAP tetapi mereka harus ingat bahawa hakikatnya ramai rakyat Malaysia terutama kaum Cina kurang senang dengan PAS.

“Persoalannya di sini, adakah DAP benar-benar ingin membantu PAS mendirikan sebuah negara kebajikan yang bertunjangkan Islam dan persoalan yang kedua adakah Chong yakin bahawa pemimpin serta penyokong DAP bersetuju dengan pendirian PAS,” tambah Pandi.

Chong, katanya, boleh membohongi dirinya sendiri tetapi dia tidak boleh membohongi rakyat yang memerhati dengan serius kemesraan DAP dan PAS dalam membantu mewujudkan negara kebajikan bertunjangkan Islam.

Menjelang Pilihan Raya Negeri yang lalu, ujarnya, Chong dengan niat jahat menakutkan rakyat dengan berkata rakyat akan makan rumput sekiranya Barisan Nasional (BN) menang.

“Dua tahun sudah berlalu tiada seorang pun rakyat makan rumput, bahkan Chong sendiri tidak makan rumput, akan tetapi mungkin dia terpaksa melakukan lakonan memakan rumput untuk menipu rakyat bahawa ada ‘seorang’ rakyat yang makan rumput dan yang dimaksudkan oleh Chong ialah dirinya sendiri,” ujar Pandi.

2 comments:

  1. Setuju bro.

    Elok juga jika pihak admin (jika belum dilakukan) membantu gempur DAP John Brian.Jgn dibiarkan DAP menabur fitnah bahawa kerajaan mengambil tanah rakyat.Isu tanah adat diperalatkan John Brian di semua ceramah beliau sejak bersama PKR.Kini beliau melompat parti yg lebih chauvinis perkauman.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih diatas cadangan yang diberikan.

    ReplyDelete