Monday 8 April 2013

PRU13: Pemuda Gelombang Biru kawasan tengah siap sedia hadapi PRU13

Posted on April 7, 2013, Sunday


SIBU: Pemuda Gelombang Biru (PGB) khususnya di kawasan tengah Sarawak telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha PGB Wilayah Tengah, Mohd Junaidi Sambang berkata mereka hanya menunggu jentera pilihan raya digerakkan oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

“Kita hanya menunggu suis dipetik bagi menggerakkan semua Pemuda Gelobang Biru dalam membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya ini,” katanya di sini semalam.

Menurut Junaidi, mereka juga bersedia menghadapi ancaman pihak luar yang membawa budaya samseng bagi mencemari PRU13 di Bumi Kenyalang ini.

Dari sudut keselamatan, PGB juga menyusun beberapa strategi serta menempatkan ahli-ahli untuk bersedia setiap masa jika ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


“Ini terutamanya melibatkan petugas parti BN kawasan,” jelasnya sambil menambah mereka juga turut mengadakan Pentas Gerak Gempur Pemuda Gelombang Biru di kawasan yang dikira agak panas.

Di samping itu, katanya, PGB juga mendekati penduduk setempat dengan melaksanakan aktiviti santai dan gotong-royong, konvoi bermotosikal dan sebagainya.

“Pendek kata masa berkempen sarat dengan aktiviti sentuhan murni, semangat patriotik dan memperjuang budaya cintakan tanah air yang diwarisi nenek moyang,” ujarnya.

Junaidi memberitahu, PGB sudah dua tahun bergerak mendekati generasi muda di setiap pelosok negeri ini khususnya di kawasan tengah.

Beliau juga berbangga dan terharu dengan semangat serta komitmen generasi muda di negeri ini pada setiap siri jelajah PGB sepanjang tahun ini.
   

No comments:

Post a Comment