Thursday 18 August 2016

Selamat Datang ke PBB


Selamat Datang kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Saya percaya keputusan untuk menyertai PBB atas dasar ia adalah aspirasi rakyat yang dizahirkan melalui tindakan Yang Berhormat-Berhormat.

Saya juga menyambut baik keputusan kepimpinan PBB untuk tidak menutup pintu bagi menghalang kemasukan Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Saya yakin keputusan ini amat tepat sekali kerana ia menggambarkan hasrat untuk tidak mengecewakan kehendak rakyat Sarawak yang mahukan wakil rakyat mereka menyertai PBB.

Sekali lagi - saya ucapkan tahniah kepada ADUN Serembu YB Miro Simuh, ADUN Bukit Semuja YB John Ilus, ADUN Mulu YB Datuk Gerawat Jala, ADUN Bekenu YB Rosey Yunus dan ADUN Batu Danau YB Paulus Palu Gumbang.

Saya amat berharap hasrat rakyat Sarawak yang diwakili oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat ini dihormati oleh semua pihak.

No comments:

Post a Comment