Kenyataan mutakhir Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengenai hak-hak Sarawak hendaklah dilihat dari perspektif yang positif.
Sudah menjadi kebiasaan dalam mana-mana perbincangan dan perundingan yang mana pihak yang terbabit akan memberi fokus yang keterlaluan terhadap sesuatu perkara hingga terlepas pandang keperluan untuk mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.
Bahkan YB Baru Bian sepatutnya sedia maklum hal ini memandangkan beliau juga ada mempengerusi mesyuarat ataupun perundingan.
Oleh sedemikian, YB Baru Bian tidak sepatutnya memberi gambaran negatif terhadap proses perundingan yang sedang berlaku.
Beliau sepatutnya mengambil pendekatan 'berniat baik' dengan melihat peringatan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai usaha untuk mengingatkan semua pihak yang terbabit dalam perbincangan tentang perlunya keputusan perundingan dibuat secepat yang mungkin.
Dan bukannya cuba untuk memberi gambaran yang tidak baik terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. (Klik sini)
Saya percaya perundingan ini akan menghasilkan keputusan yang menggembirakan rakyat Sarawak.
Saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada YB Baru Bian diatas sokongan yang diberikan oleh PKR kepada Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk mendapatkan semula hak-hak Sarawak.

No comments:
Post a Comment