Thursday 1 September 2016

Chong cuba tonjol DAP 'lebih-Sarawak' daripada parti lain


Kenyataan negatif YB Chong Chieng Jen mengenai sambutan Hari Kebangsaan di Sarawak memberi gambaran yang jelas bahawa beliau cuba untuk menonjolkan DAP sebagai sebuah parti yang agresif dalam perjuangkan status dan hak Sarawak.

YB Chong sedar bahawa DAP sukar mendapat tempat dihati rakyat Sarawak atas sebab ia adalah sebuah parti dari Malaya.

Beribupejabat di Malaya. 

Semua kata putus mesti mendapat keizinan atau kelulusan atau 'endorsement' daripada pucuk kepimpinan DAP di Malaya.

YB Chong perlu sedar bahawa apa jua tindakannya untuk melabelkan DAP sebagai sebuah parti setaraf dengan parti tempatan Sarawak tidak akan mendatangkan kesan yang diharapkan.

Sudah sewajarnya parti yang datang dari Malaya mesti mendapat keizinan dari taiko-taiko di Malaya.

Mana mungkin DAP boleh beroperasi secara bebas di Sarawak walaupun YB Chong dan rakan-rakannya cuba menipu rakyat dengan mengatakan sayap DAP di Bumi Kenyalang diberi kuasa untuk bertindak bersendirian tanpa ambil peduli pandangan pucuk kepimpinan di Malaya.

Contoh mutakhir ialah gesaan YB Chong agar kuota pekerjaan untuk anak-anak Sarawak di Petronas ialah 70%.

Sedarkah beliau bahawa apabila beliau berkata Setiausaha Agong DAP YB Lim Guan Eng telah dimaklumkan dan dia tidak membuat sebarang bantahan, sebenarnya beliau telah mengukuhkan pandangan bahawa DAP Sarawak tidak ada kebebasan dalam membuat keputusan.

Penipuan yang cuba ditutup dengan penipuan akhirnya memakan diri YB Chong, rakan-rakannya dan DAP.

Pengakuan yang tidak disengajakan oleh YB Chong - iaitu beliau dan rakan-rakan beliau sebenarnya dikongkong oleh orang Malaya. (Klik di sini

Pada masa yang sama, ada kemungkinan bahawa YB Chong sebenarnya cuba untuk menunjukkan bahawa diantara parti-parti Malaya yang berada di Sarawak, DAPlah yang paling menebal darah Sarawak.

Kemungkinan ini berdasarkan kepada hakikat DAP Sarawak adalah parti Malaya.

Tiada siapa yang boleh menidakkan ini.
Oleh itu, DAP Sarawak perlu memberi gambaran bahawa ia lebih berdarah Sarawak daripada parti-parti lain seperti PKR, PAS dan Amanah.

Untuk mencapai matlamat ini, YB Chong dan rakan-rakannya akan menggunakan segala peluang yang ada tanpa mengira ia bermoral ataupun tidak.

Atas sebab ini, saya amat berharap agar rakyat Sarawak tidak terikut-ikut dengan rentak politik DAP yang cuba mengeksploitasi semua keadaan untuk memberi kelebihan politik kepadanya.

Sekiranya benar DAP Sarawak mempunyai semangat Sarawak yang menebal, buktikan terlebih dahulu bahawa keputusan-keputusan yang diambil oleh mereka tidak perlu mendapat kelulusan ataupun 'endorsement' daripada Malaya.

Janganlah asyik nak menipu sepanjang masa!

No comments:

Post a Comment