Pembangkang harus mengambil iktibar daripada peristiwa penting di Sabah yang menyaksikan naib presiden PKR keluar daripada parti tersebut atas dasar ingin berjuang diatas platfom parti tempatan Sabah - dan bukannya parti dari Malaya.
Saya akui bahawa saya kurang arif tentang politik di Sabah.
Tapi yang pastinya sentimen kenegerian yang marak di negeri tersebut menyerupai sentimen kenegerian yang ada di Sarawak.
Tindakan tersebut membuktikan bahawa kepentingan anak negeri Sarawak hanya dapat diperjuangkan melalui parti tempatan Sarawak dan bukannya parti Malaya.
Hal ini diakui oleh bekas naib presiden PKR YB Darell Leiking.
Atas dasar ini, saya menyeru rakyat Sarawak agar tidak ditipu dengan pujuk rayu parti pembangkang dari Malaya yang cuba membuat 'silap mata' dengan mengatakan parti dari Malaya mampu memperjuangkan kepentingan anak Sarawak.
Ia adalah satu pembohongan yang besar untuk meletakkan parti tempatan Sarawak setaraf dengan parti pembangkang dari Malaya dari aspek perjuangan untuk anak-anak negeri.
No comments:
Post a Comment