Saya berpendapat ia adalah satu tindakan yang terburu-buru apabila menganggap keputusan untuk membuka Galeri Brooke sebagai pemujaan terhadap kuasa penjajah.
Ia sepatutnya dilihat sebagai satu usaha untuk mengengahkan sejarah Sarawak kepada orang ramai.
Samada sesuatu sejarah itu berwarna hitam ataupun putih, biarlah ianya menjadi satu sandaran ataupun peringatan untuk masa hadapan.
Dan bukannya disembunyikan agar tidak diketahui oleh rakyat jelata.Ia sepatutnya dilihat sebagai satu usaha untuk mengengahkan sejarah Sarawak kepada orang ramai.
Samada sesuatu sejarah itu berwarna hitam ataupun putih, biarlah ianya menjadi satu sandaran ataupun peringatan untuk masa hadapan.
Memang diakui ditangan-tangan Dinasti Brooke, ada tompokan darah-darah para pejuang tempatan yang menentang kuasa Dinasti Brooke.
Tetapi pada masa yang sama kita perlu akui bahawa Dinasti Brooke ada mempunyai jasa kepada Sarawak.
Kemungkinan besar, tanpa Dinasti Brooke, sempadan Sarawak tidak seperti yang ada pada masa kini.
Oleh itu, biarlah kita melihat sejarah Dinasti Brooke dari perspektif yang pragmatik.
Biarlah sejarah Dinasti Brooke menjadi satu peringatan kepada semua anak-anak Sarawak bahawa penjajahan akan berlaku apabila tiadanya perpaduan dikalangan anggota-anggota masyarakat.
Tetapi pada masa yang sama, kita hendaklah mengakui sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh Dinasti Brooke kepada Sarawak.
Bersikap pragmatik dan bukannya berpandangan sempit dalam era dunia yang tiada sempadan ini.
No comments:
Post a Comment