Wednesday 2 November 2016

Anak-anak Sarawak telah lama bersabar!!!



Kerajaan Barisan Nasional Sarawak telah membuat satu keputusan yang tepat apabila berusaha membuat usul yang komprehensif meliputi semua aspek berkaitan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Usul seumpama ini sudah semestinya menggembirakan anak-anak Sarawak kerana ia merangkumi semua aspek hak-hak Sarawak.

Masanya sudah tiba anak-anak Sarawak mendapatkan semula hak-hak yang telah diambil dari tangan anak-anak Sarawak.

Anak-anak Sarawak telah lama bersabar dengan karenah Malaya menganaktirikan Sarawak seolah-olah tidak ada jasa dalam pembentukkan Malaysia dan membangunkan Malaysia.

Contoh mutakhir ialah keputusan untuk menutup dua Institusi Pengajian Guru (IPG) tanpa membuat perundingan dengan Kerajaan Barisan Nasional Negeri.

Belanjawan 2017 juga tidak memberi manfaat yang signifikan kepada Sarawak.

Saya percaya apabila Sarawak berjaya mendapatkan semula hak-haknya, Sarawak akan mampu membangunkan ekonominya.

Marilah kita semua, anak-anak Sarawak, berdiri dengan kukuh dibelakang Tan Sri Adenan Satem!!!
  

1 comment:

  1. Sy guarantee kerajaan pusat buat dek je..mereka x pernah respect pun kita org sarawak ni..kutuk lg ada..dh lama kita diperbodohkan. Dah2 la..pd pandangan sy sarawak skrg dh blh berdiri sendiri dah pun..cuma perlukan rakyatnya bersatu je..panggil blk semua yg merantau kita bina negara baru..klu timor leste boleh kenapa tidak sarawak yg begitu kaya dgn hasil bumi..tahan kah kita terus ditindas dgn pentadbiran kerajaan pusat skrg..segala2nya naik kecuali ekonomi & nilai matawang ringgit je makin teruk..ayuhlah bangsa Sarawak kita sama2 bersatu..

    ReplyDelete