Kegagalan Putrajaya mendapatkan pandangan Kerajaan Negeri Sarawak berhubung dengan keputusan untuk menukar status dua Institut Pendidikan Guru (IPG) - Miri dan Rejang - kepada politeknik ataupun kolej vokasional amat dikesali.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh Datuk Fatimah Abdullah yang ditugaskan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani hal-ehwal pendidikan di negeri Sarawak.
Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Fatimah Abdullah yang tidak gembira dengan berita keputusan untuk menukar status dua IPG tersebut.
Secara peribadi saya merasa terkilan dengan tindakan Putrajaya yang seolah-olah tidak menghargai sumbangan Barisan Nasional Sarawak dalam pilihanraya umum yang lepas.
Adakah ini sikap sebenar Putrajaya terhadap Sarawak?
Hanya berguna untuk dapatkan mandat pemerintahan tapi tidak diperdulikan selepas itu?
Saya amat berharap Kerajaan Barisan Nasional Sarawak akan menolak keputusan ini - dan hanya akan memberi kata putus selepas perjumpaan diadakan diantara kedua-dua pihak.
Anak-anak Sarawak perlu tahu dengan jelas mengapa Putrajaya beriya-iya hendak menutup dan menukar status kedua-dua IPG tersebut.
Saya memuji usaha Pemuda PBB dan Barisan Nasional yang menyuarakan kebimbangan mereka dan akan berbincang dengan pihak kementerian memgenai penutupan IPG ini sepertimana disuarakan oleh YB Fazaruddin Ketua Penerangan Pemuda PBB Sarawak.
Barisan Nasional akan menghadapi kesukaran di pilihanraya umum yang akan datang sekiranya anak-anak Sarawak berpandangan Putrajaya tidak memperdulikan pandangan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak dalam hal yang membabitkan kedua-dua IPG tersebut.

No comments:
Post a Comment