Tuesday 4 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 04hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04hb September 2012
(merujuk kepada ''  Wong Judat kini sah ahli SWP  " - Utusan Borneo)

Tahniah diucapkan kepada YB Wong Judat diatas perlantikkan beliau sebagai salah seorang Naib Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama beliau mesti melepaskan kerusi Meluan yang telah dimenangi beliau ketika bertanding sebagai calon parti Barisan Nasional.

Sekiranya, beliau bersikap 'gentleman' dan yakin dengan kekuatan akar umbi yang menyokong beliau, tidaklah menjadi satu masalah untuk beliau berbuat demikian.

Rakyat dan pengundi Meluan berhak untuk menentukan sekarang samada beliau masih lagi diperlukan di Meluan; dan bukannya menunggu pilihanraya negeri yang akan datang.

Beliau memperlekehkan sokongan pengundi sekiranya beliau enggan berbuat demikian.

Beliau boleh memanggil semua penyokong beliau untuk membuat kenyataan akhbar ataupun berhimpun untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan padu di Meluan.

Tapi hakikatnya, yang memenangkan beliau di Melaun dalam pilihanraya yang lepas bukannya sahaja undi dari penyokong beliau tetapi juga dari penyokong Barisan Nasional.

Parti Barisan Nasional lebih besar dari mana-mana pemimpin, termasuk beliau.

Akhirkata, buktikan sokongan padu yang digembar-gemburkan kepada rakyat Meluan; dan bukan hanya bermain kata-kata.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................
  
Utusan Borneo
by Sandy Mark Luna. 
Posted on September 2, 2012, Sunday

Permohonan dilulus sebulat suara serta dilantik jadi ahli MT dan Naib Presiden: Larry

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Wong Judat kini menjadi sebahagian dari-pada Parti Pekerja Sarawak (SWP) setelah permohonannya menjadi ahli diluluskan oleh Majlis Tertinggi parti, semalam.

Presiden SWP Larry Sng memberitahu, Wong secara automatik turut dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi serta Naib Presiden parti berdasarkan kedudukannya sebagai seorang wakil rakyat.

“Majlis Tertinggi melulus-kan permohonan Wong Judat tanpa sebarang bantahan, sejajar dengan dasar pintu terbuka parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti di ibu pejabat SWP, Jalan Tun Jugah di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pre-siden SWP George Lagong, yang juga ADUN Pelagus.

Wong yang merupakan bekas naib presiden Parti Demo-kratik Progresif Sarawak (SPDP) mengumumkan hasratnya keluar parti pada 7 Ogos lepas dan kemudiannya menyerahkan surat peletakan jawatannya menerusi pos.

Tindakan itu diambil bagi mengelak pergolakan peri-badi antara beliau dan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) merebak antara parti.

Beliau juga dipercayai me-nyertai SWP bagi memboleh-kannya bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Julau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Kerusi itu sekarang disandang oleh Salang selepas memenanginya pada PRU 2008.

Sng turut menegaskan bahawa parti tidak pernah memaksa atau sengaja menarik Wong ke dalam SWP.

“Kita (SWP) tidak pernah menarik Wong (untuk me-nyertai parti)… SWP mempunyai dasar pintu terbuka kepada sesiapa yang berkongsi matlamat dan perjuangan parti, untuk menyertai kami,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada kemasukan Wong ke dalam SWP sekali gus menjadikan beliau sebagai calon parti itu di kerusi Julau.

Sambil mempercayai PRU13 tidak akan diadakan dalam masa terdekat, Larry memberitahu perkara itu ha-nya akan dimaklumkan kemudian setelah mencapai kata sepakat daripada ahli Majlis Tertinggi.

“Sebarang keputusan berhubung calon (PRU13) akan diputuskan oleh Majlis Ter-tinggi kerana SWP bukan parti berasaskan seorang individu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Larry turut menepis dakwaan terdapat ‘tangan ghaib’ yang memberi sokongan kepada parti tersebut di Sarawak.

Walaupun parti itu mesra Barisan Nasional (BN), kata-nya, SWP tidak pernah me-mohon secara rasmi untuk menjadi salah satu daripada parti komponen di negeri ini.

Justeru penerimaan bantuan daripada BN negeri, kata-nya, adalah satu perkara yang mustahil walaupun SWP mesra BN.

“Kita (SWP) tidak pernah memohon untuk menyertai BN. Oleh itu, kita bukan BN dan tidak mungkin BN me-nyokong kita,” katanya.

Larry turut menafikan penubuhan SWP adalah ber- ikutan dendam peribadinya dengan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing, berikutan ke-putusannya untuk bertan-ding di semua kerusi Parlimen parti itu.

Beliau menegaskan, parti itu memperjuangkan dan meng-utamakan hak penduduk Sarawak dan bukan atas ke-pentingan peribadi.

“Kita memutuskan untuk bertanding di semua kerusi PRS bukan kerana dendam peribadi tetapi kerana kita mahu menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada penduduk.

“SWP mesra kepada PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), SPDP, SUPP (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) tetapi agak kurang sikit de-ngan PRS,” katanya.

Beliau juga enggan meng-ulas lanjut ketika ditanya me-ngenai khabar angin kemasukan Wong adalah petanda parti akan bekerjasama untuk menumpaskan PRS.

Katanya, mereka sekadar berhasrat untuk menang pada PRU13 dan ia tidak ada kena- mengena dengan dendam peribadi.

“Parti juga sudah mempu-nyai nama calon mampu menang, sekurang-kurangnya dua orang di setiap kerusi,” katanya sambil menambah perkara itu akan dibincangkan semula di peringkat Majlis Tertinggi menjelang PRU13.

Larry turut mengulangi pendirian parti untuk ber-tanding di enam kerusi PRS iaitu Sri Aman, Lubok Antu, Selangau, Julau, Hulu Rejang dan Kanowit.

“Kita sudah mempunyai senarai calon. Tetapi memandangkan pilihan raya tidak akan diadakan pada waktu terdekat, ia hanya akan didedah-kan kemudian,” katanya.

1 comment:

  1. terlalu banyak wakil rakyat yang derhaka. bn mesti tegas !

    ReplyDelete