Thursday, 25 July 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 25hb Julai 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
25hb Julai 2013
(merujuk kepada ''Chong: DAP to open branches in 21 rural seats")

Keputusan DAP untuk tidak membuka cawangan di kawasan majoriti Melayu/Melanau mengesahkan pendirian masyarakat Melayu/Melanau yang menolak parti yang bermotifkan Malaysian Malaysia.

Bahkan keputusan itu juga mengesahkan persepsi bahawa masyarakat Melayu/Melanau menolak pembangkang tanpa mengira sama ada ia adalah PKR, PAS dan DAP.

Penolakkan ini adalah kerana masyarakat Melayu/Melanau tidak mudah untuk diperdayakan oleh janji-janji manis pembangkang yang beranggapan rakyat Sarawak mudah untuk ditipu.

Saya ingin menyeru masyarakat Dayak agar menolak DAP yang secara terang-terang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia yang bertujuan untuk memansuhkan status Bumiputera.

Sekiranya konsep Malaysian Malaysia ini berjaya dilaksanakan, tidak mustahil sekiranya apa jua yang berstatuskan Bumiputera ataupun yang memberi kelebihan kepada Bumiputera, akan dihapuskan.

DAP sebenarnya cuba untuk menipu rakyat apabila ia bercakap tentang keadilan kerana keadilan yang dimaksudkan ialah keadilan berdasarkan kepada acuan Malaysian Malaysia.

Ianya bukan berdasarkan kepada acuan keadilan yang dikehendaki oleh masyarakat Bumiputera.

Saya menyeru rakyat Sarawak agar menggunakan sepenuhnya pilihanraya negeri yang akan datang untuk menghukum DAP kerana cuba menipu masyarakat Bumiputera agar bersetuju dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkannya.

Keadilan yang baik untuk masyarakat Bumiputera ialah berdasarkan kepada acuan Barisan Nasional; dan bukannya berdasarkan kepada acuan Malaysian Malaysia tajaan DAP, dan disokong sepenuhnya oleh PKR dan PAS!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Saturday, 20 July 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 20hb Julai 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
20hb Julai 2013
(merujuk kepada ''PR sedia tawan Sarawak")

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak See Chee How telah mengeluarkan kenyataan yang menggelikan hati apabila beliau berkata Pakatan Rakyat bersedia menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau perlu terlebih dahulu melihat masalah-masalah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebelum bermimpi di siang hari.

Sambutan yang menggalakkan yang diberikan kepada DAP oleh majoriti masyarakat Cina tidak membawa makna masyarakat Bumiputera akan memberi kepercayaan kepada parti yang berteraskan perjuangan Malaysian Malaysia yang berobjektifkan penghapusan status Bumiputera di Malaysia.

Rata-rata masyarakat Melayu telah menolak PKR dalam pilihanraya umum yang lepas atas sebab merasa loya dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya di negeri Sarawak.

Mungkin sekarang lebih ramai rakyat Sarawak menyetujui tindakan majoriti masyarakat Melayu berdasarkan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengorbankan setia kawan dan kepercayaan demi kuasa.

Bahkan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali sendiri tidak menyenangi pendekatan politik yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menegur ketua umum Pakatan Rakyat menggunakan akaun twitternya selepas PRU lepas.

Ini adalah hakikat.

Adakah rakyat Sarawak masih mahu diperbodohkan oleh ketua (dan kuncu-kuncu) sedangkan pada masa yang sama orang kanannya sendiri mengkritiknya?

Tepuk dada tanyalah selera.

Manakala PAS pula sedang dipenghujung era kepimpinan ulama yang diketuai oleh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Kita sedia maklum, PAS lebih bersifat terbuka kepada Barisan Nasional sebaik sahaja Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan.

Maka, adakah ini bermakna Pakatan Rakyat akan melihat komitmen yang sama dari PAS seperti PRU lepas ketika PRN yang akan datang?

Pada masa yang sama, PAS telah menikam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, di saat-saat akhir PRU lepas.

Adakah ini bermakna DAP dan PKR bersedia untuk melupakan episod ini dalam persaingan diantara parti-parti Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi PRN nanti?

Sungguh menggelikan hati.

Mungkin DAP, PKR dan PAS beranggapan rakyat Sarawak dapat diperbodohkan. Tetapi PRU yang lepas menunjukkan ramai rakyat Sarawak amat bijak sehingga menyaksikan banyak kerusi  di Sarawak telah dimenangi oleh Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam PRN yang akan datang, Barisan Nasional, dimana PBB adalah sebagai parti tulang belakang, akan terus menguasai Sarawak bagi menyelamatkan Sarawak dari pertelingkahan politik diantara DAP, PKR dan PAS.

Hidup Barisan Nasional!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Friday, 21 June 2013

Ucapan TAKZIAH kepada ahli keluarga Adison King

Takzih kepada ahli keluarga mendiang Adison King serta sahabat handai diatas pemergian Saudara Adison, Ketua Pemuda PBB Bawang Assan, yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua. 

Saudara Adison King seorang yang bersemangat tinggi serta komited dalam perjuangan memertabatkan parti PBB serta banyak membantu masyarakat khususnya di kawasan Bawang Assan.

Jasa mendiang kepada Pergerakkan Pemuda PBB dan Parti PBB akan tetap dalam kenangan kita semua.

May his soul rest in PEACE.

Sekian. Terimakasih.

Thursday, 20 June 2013

Program Bantuan Mangsa Kebakaran Sibu

 PERHATIAN!

Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah menyeru semua pihak - ahli-ahli PBB, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak, Pergerakkan Wanita PBB Sarawak dan rakyat Sarawak - agar dapat bersama-sama membantu meringankan bebanan mangsa kebakaran di Kampung Dato and Kampung Hilir di Sibu yang membabitkan hampir 700 mangsa.


Apa jua sumbangan boleh disalurkan ke Pusat Khidmat DUN Nangka.

Sekiranya terdapat sebarang  pertanyaan, wakil Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah, Encik Hassan Hasbee boleh dihubungi di 019 888 8673.

Sekian. Terimakasih.

Saturday, 4 May 2013

Undilah dengan minda yang tenang dan rasional -Pandi


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04 Mei  2013

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menyeru rakyat Sarawak bersikap rasional dalam memilih parti yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun.

Buat masa ini, diakui bahawa emosi sebilangan kecil pengundi terlalu tinggi akibat dari hasutan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Malangnya hasutan-hasutan tersebut tanpa didokong oleh fakta-fakta yang kukuh.

Hanya didokong oleh andaian-andaian gila yang tidak masuk akal.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat Sarawak akan mengundi kerajaan baru berdasarkan kepada 'track record' yang bersifat jangka masa panjang; dan bukannya termakan hasutan janji-janji yang bersifat populis yang tidak masuk akal.

Rakyat Sarawak tidak mampu untuk meneruskan kehidupan selama 5 tahun dengan menaruh harapan pihak pembangkang akan menunaikan janji-janji mereka.

Ianya amat berisiko tinggi.

Kita perlukan kesinambungan yang mampu membantu rakyat Sarawak mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui usaha-usaha murni menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihanraya.

Hanya Barisan Nasional mampu untuk menunaikan janji-janji.

Ini bukan satu dakwaan yang tidak berasas kerana semua sedia maklum bahawa negeri-negeri yang sebelum ini dibawah pembangkang mengalami masalah disebabkan kegagalan untuk menunaikan janji-janji mereka.

Adakah kita rakyat Sarawak mahu perkara yang sama berlaku keatas kita semua?

Tepuk dada, tanyalah selera.

Jawapannya sudah pasti: UNDI Barisan Nasional!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Tuesday, 30 April 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 30hb April 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
30hb April 2013
(merujuk kepada ''
Police reports against Awang Tengah for sedition" dan " Awang Tengah denies remarks on NCR, says he was misquoted ")

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan telah memperkatakan kebenaran apabila dia melahirkan kerisauan diatas apa yang akan berlaku terhadap tanah adat NCR yang ada di Sarawak sekiranya Pakatan berjaya menawan Puytra Jaya.

kekhuatiran ini adalah berasas dan ianya bersandarkan kepada konsep Malaysian Malaysia yang menjadi teras perjuangan DAP.

Bahkan pada tahun 1999, kaum Bumiputera merasa marah dengan pemimpin DAP Lim Kit Siang kerana dia cuba bermain api dengan memulakan kempen kedua Malaysian Malaysia.

Apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang sebenarnya hanyalah menyambung apa yang telah dilakukan oleh Lee Kuan Yew di awal penubuhan Malaysia.

Laporan polis yang telah dibuat oleh DAP dan PKR tidak akan berupaya untuk memadamkan sejarah Malaysian Malaysia yang bertujuan untuk memansuhkan status Bumiputera yang diberikan kepada pribumi Sarawak.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak melihat keghairahan PKR untuk bersama-sama DAP dalam membuat laporan polis memperlihatkan kesanggupan mereka untuk bersengkongkol dengan pejuang Malaysian Malaysia iaitu DAP.

Berdasarkan kepada hakikat ini, pemimpin Bumiputera dalam PKR, termasuk Baru Bian, telah mengkhianati kaum Bumiputera apabila mereka gagal mendesak DAP agar menggugurkan perjuangan Malaysian Malaysian dari perjuangan mereka.

Pada masa yang sama, PAS turut bersalah kerana takut untuk mendesak DAP agar mengikuti jejaknya menggugurkan perjuangan sucinya, iaitu menubuhkan Negara Islam, demi menjaga hati DAP.

Adakah PKR dan PAS menjadi kuda tunggangan DAP untuk merealisasikan perjuangan Malaysian Malaysia?

Kaum Bumiputera di Sarawak mesti bersikap tegas terhadap mana-mana pemimpin Bumiputera yang bertanding dalam pilihanraya umum ini dengan menolak mereka atas sebab mereka adalah pengkhianat kaum Bumiputera!

Dengan menolak mereka, membawa makna perjuangan DAP menubuhkan negara berkonsepkan Malaysian Malaysia yang memansuhkan status Bumiputera dalam semua aspek, akan dapat dimusnahkan.

Akhirkata, janganlah kita mendengar hasutan pengkhianat Bumiputera yang menjadi kuda tunggang DAP!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Police reports against Awang Tengah for sedition

Free Malaysia Today
April 28, 2013

Second Minister of Resource Planning and Environment Awang Tengah’s recent accusations against Pakatan Rakyat are “shallow” and “irresponsible”

KUCHING: Sarawak DAP and PKR have lodged police reports against Senior Minister Awang Tengah Ali Hassan, accusing him sedition.

Awang Tengah had reportedly said that if Pakatan Rakyat came into power, they would introduce a “Malaysian Malaysia” concept which “abolishes the right to NCR ownerships”.

Awang Tengah had further accused the opposition pact of “right now fanning NCR issues for political mileage”.

Slamming Awang Tengah’s comments as “baseless” and seditious DAP secretary Chong Chieng Jen said no way in their manifesto was there an idea to abolish native customary rights (NCR) land.