Tuesday 2 October 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 02hb Ogos 2012


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
02hb Ogos 2012
(Belanjawan 2013)

Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan belanjawan yang mampu untuk membantu rakyat Malaysia menahan arus ketidak-tentuan yang sedang melanda ekonomi dunia.

Bahkan ianya satu tindakan yang bijak untuk mendapatkan kerjasama dari rakyat untuk membantu memperhebatkan lagi aktiviti ekonomi melalui perbelanjaan rakyat; dan bukannya hanya bergantung kepada perbelanjaan kerajaan yang mungkin disalah-ertikan oleh rakyat sehingga ianya gagal mencapai objektif.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah diantara contoh kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional dalam mendapatkan kerjasama dari rakyat untuk memperhebatkan lagi ekonomi negara.

Melalui perbelanjaan yang dibuat oleh rakyat, tahap aktiviti ekonomi diperingkat mikro dan makro dapat ditingkat tanpa mana-mana segmen masyarakat dipinggirkan.

Sekiranya rakyat Malaysia dapat bersama-sama dengan Kerajaan Barisan Nasional dalam merealisasikan apa jua yang terkandung dalam Belanjawan 2013, ianya bukanlah satu perkara yang mustahil untuk melihat ekonomi Malaysia melonjak ke arah masyarakat berpendapatan tinggi dengan jayanya.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

No comments:

Post a Comment