Thursday, 6 September 2012

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3 disebabkan Pemuda PBB?

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3?
September 6, 2012

Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi ini kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Sumber memberitahu Mynewshub, Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” katanya sumber berkenaan.
  
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.

Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf ata apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan. – Mynewshub
  

3 comments:

  1. tindakan yg bijak

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya bila ketua pemuda pbb mengeluarkan kenyataan supaya nurul meminta maaf ia adalah hanya sekadar publisiti murahan pbb, disana menampakkan mmg betul btu daif, parti yg memerintah swk mendapat kesan dengan kenyataan ketua pemuda itu, satu yg memalukan kerana bila parti pemerintah ikut membuat kenyataan, ia mengesahkan lgi tentang keadaan btu yg menghasilkan duit utk malaysai tp btu tak maju, ini menampakkn parti merintah mengurus dgn tidak brkesan, kemana duit hasil bumi? di btu mgkn org menyokong tindakan ketua pemuda, tp kami di kch melihat ia salah satu tindakan yg bodoh, kami tau siapa ketua pemuda pbb itu, apa yg beliau buat di luar btu kami tau siapa dia.

    ReplyDelete
  3. sapa sik tauk ketua pemuda pbb ya. suka main play safe. penakut. kenak taib bodo gilak milih org mcm ya jadi ketua?????????????????

    ReplyDelete