Monday, 17 October 2016

Sarawak mesti bertegas kembalikan status asal sebelum pindaan 1976


Saya menyokong penuh kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem agar status Sarawak dikembalikan semula kepada status asal - 'founding state'.

Saya merasa amat sedih kerana perlembagaan Malaysia telah dipinda pada tahun 1976 sehingga mengakibatkan status Sarawak menjadi 'salah sebuah negeri dalam Malaysia' dan bukannya 'founding state'.

Saya bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Adenan Satem bahawa ini kedua-dua terma ini mengandungi makna yang berbeza.

Saya merasa amat bersyukur kerana dalam piliharaya yang lepas anak-anak Sarawak telah memberi mandat yang besar kepada parti-parti tempatan untuk memegang tampuk pemerintahan.

Ini membolehkan sebarang usaha untuk memperjuangkan hak-hak anak Sarawak tidak akan disekat oleh pemimpin agung parti dari Malaya.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya PKR ataupun DAP berjaya menguasai Kerajaan Negeri Sarawak!

Mereka akan terikat dengan keputusan kepimpinan utama mereka di Malaya yang berkemungkinan besar tidak mahu melihat hak-hak Sarawak dikembalikan.

Syukur! Syukur! Syukur!

Saya menggesa Kerajaan Sarawak agar menetapkan tempoh masa untuk mengembalikan perlembagaan Malaysia kepada yang asal.

Anak-anak Sarawak sudah semestinya berasa gembira kerana kepimpinan Kerajaan Sarawak yang dibentuk oleh parti-parti tempatan dengan jelas melihat pindaan pada tahun 1976 tersebut sebagai tidak sah (null and void) kerana melanggar Perjanjian Malaysia dan beberapa dokumen yang bekaitan seperti Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Walau bagaimanapun, saya tidak menyalahkan pemimpin Sarawak yang menyokong pindaan tersebut kerana kemungkinan besar tujuan pindaan adalah murni.

Dan kemungkinan besar mereka beranggapan ia mampu membantu Sarawak dan Malaysia bergerak ke hadapan dengan jayanya.

Malangnya manusia tidak mampu melihat masa hadapan.

Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan.

Apa yang jelas ialah, 40 tahun selepas pindaan dilakukan, semakin banyak bukti-bukti yang menunjukkan bahawa hak-hak Sarawak semakin terhakis.

Ayuh!!! Mari kita semua berdiri dengan teguh dibelakang kepimpinan Tan Sri Adenan Satem dan Barisan Nasional Sarawak untuk mendapatkan semula hak-hak Sarawak!
 

No comments:

Post a Comment