Saturday, 23 March 2013

Pemuda PBB Wilayah Tengah sokong penuh kenyataan Pandi

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Wilayah Tengah 23hb Mac 2013

Hassan Tahir Hasbee
Barisan Pemuda Wilayah Tengah bersetuju dengan kecaman yang dibuat oleh Naib Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili ke atas Global Witness.

Bahkan kami berpendapat kecam tersebut amat bertepatan dengan pendirian kami yang selama ini enggan melihat mana-mana pihak cuba mengotorkan pandangan masyarakat terhadap Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan kepimpinannya.

Global Witness, dan juga NGO-NGO Barat yang lain, hanya mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu untuk menjatuhkan Pehin Sri bagi mencapai tujuan jahat mereka yang inginkan negeri Sarawak terjerumus dalam lembah kekacauan politik dan ekonomi.

Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang tindakan dikenakan keatas mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha untuk memburuk-burukkan Pehin Sri agar semua pihak mengambil tindakan ini sebagai satu pengajaran kepada semua.

Kami juga ingin menyatakan disini dengan sekeras-kerasnya bahawa barisan Pemuda PBB Wilayah Tengah berdiri dengan teguh dibelakang Pehin Sri.

No comments:

Post a Comment