Friday, 22 March 2013

Pemuda PBB Wilayah Utara sokong penuh kenyataan Pandi

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Wilayah Utara 22hb Mac 2013

Richard Silo
Kami menyokong sepenuhnya kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili yang mengecam tindakan NGO-NGO Barat yang berniat jahat cuba untuk mencemar imej Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Klip video yang dihasilkan oleh Global Witness ialah usaha terkini yang dilakukan oleh pihak NGO Barat untuk mengeruhkan hubungan yang baik diantara Ketua Menteri dan rakyat Sarawak yang selama ini banyak mendapat faedah dari pembangunan negeri Sarawak hasil dari politik pembangunan yang dibawa oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Apa yang kami nampak ialah NGO-NGO ini berniat untuk menjatuhkan Pehin Sri bagi tujuan merealisasi impian jahat mereka yang bertopengkan hak asasi dan demokrasi. 

Mungkin mereka beranggapan serangan yang bertubi-tubi ini akan melemahkan kepimpinan Pehin Sri.

Kami ingin menyatakan disini dengan sekeras-kerasnya bahawa barisan Pemuda PBB Wilayah Utara berdiri dengan teguh dibelakang Pehin Sri.

Kami amat berharap agar tindakan yang tegas akan dapat dilakukan kepada mana-mana individu yang terbabit dalam klip video kerana sudah terang tanpa bersuluh bahawa video klip tersebut berniat jahat!
   
Hidup pehin Sri! Hidup PBB! Hidup BN!
   

No comments:

Post a Comment