Secara amnya, Belanjawan 2017 gagal memenangi hati anak-anak Sarawak kerana kemungkinan besar Sarawak terpaksa menggunakan rizab kerajaan untuk melaksanakan transformasi ekonomi di luar bandar.
Menteri Kemudahan Awam Datuk Dr Stephen Rundi sendiri mengakui bahawa Kerajaan Negeri Sarawak tidak dapat bergantung dengan Kerajaan Pusat untuk membangunkan ekonomi Sarawak.
Sepatutnya Kerajaan Pusat sudah sedia maklum sentimen anak-anak Sarawak yang dahagakan 'kasih sayang' daripada Kerajaan Pusat setelah sekian lama dianak-tirikan.
Kepimpinan sedia ada sentiasa dipuji sebagai sentiasa prihatin dengan kehendak anak-anak Sarawak.
Tetapi malangnya Belanjawan 2017 tidak memenuhi aspirasi anak-anak Sarawak.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu tidak sewajarnya menjadi alasan untuk tidak memperdulikan usaha mentransformasikan ekonomi di luar bandar Sarawak.
Sampai bila anak-anak Sarawak harus menunggu Kerajaan Pusat bersedia untuk membantu anak-anak Sarawak agar maju ke hadapan setanding dengan anak-anak Malaysia yang lain?
Secara peribadi saya merasakan agak sukar Barisan Nasional untuk mendapat sokongan padu daripada anak-anak Sarawak sekiranya tiang elektrik lebih penting daripada transformasi ekonomi luar bandar Sarawak.
No comments:
Post a Comment