Tuesday 4 October 2016

Chong perlekehkan semangat Sarawak untuk anak Sarawak


Kenyataan YB Chong Chieng Jen mengenai tindakan wakil rakyat DAP keluar daripada DAP Sabah memberi gambaran yang jelas tentang pendirian YB Chong terhadap semangat Sarawak untuk anak Sarawak.

Walaupun YB Chong mengulas tentang isu politik di Sabah, isu tersebut mempunyai persamaan dengan isu Sarawak untuk anak Sarawak.

Hakikatnya, YB Chong meremehkan sentimen kenegerian di Sabah.

Dan secara tidak langsung beliau meremehkan sentimen Sarawak untuk anak Sarawak!

Amat menyedihkan sekali.
Anak Sarawak menjadi agen pemusnah kepada sentimen Sarawak untuk anak Sarawak - demi cita-cita politik untuk berkuasa.

Saya menyeru rakyat Sarawak agar menolak anak Sarawak yang memperlekehkan sentimen Sarawak untuk anak Sarawak.

Anak-anak Sarawak yang mendokong perjuangan meremehkan sentimen Sarawak untuk anak Sarawak amat merbahaya kepada Sarawak kerana mereka mampu bertindak sebagai pihak yang mensabotaj sebarang usaha untuk menegakkan hak-hak Sarawak.

Ayuh kita tolak semua parti Malaya dari Bumi Kenyalang!!!

No comments:

Post a Comment