Friday 21 September 2012

Demo dan protes aman - diakhiri dengan laporan polis terhadap filem dan Ngeh

September 21, 2012



KUCHING: Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili menggesa semua rakyat mesti bersatu untuk menentang sebarang usaha negatif yang bertujuan untuk merosakkan keharmonian diantara agama.

Beliau berkata sekiranya berlaku pertelingkahan diantara agama, semua pihak akan kerugian.

"Kita seharusnya bersyukur kerana sebagai rakyat Malaysia, kita tidak mengalami pengalaman pahit akibat dari pertelingkahan diantara agama seperti apa yang berlaku di negara-negara lain.
  
"Atas sebab ini, kita semua tidak boleh memandang ringan terhadap sebarang tindakkan negatif yang boleh mencetuskan pertelingkahan diantara agama," kata beliau.




Oleh itu, Pandi menambah, beliau amat bersetuju dengan demostrasi dan protes aman yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi PBB Dato Idris Buang yang dilakukan selepas sembahyang Jumaat di Masjid Bahagian Kuching hari ini.

Demonstrasi dan protes aman tersebut dilakukan untuk membantah filem "Innocence of Muslims" yang telah mencetuskan ketegangan dalam masyarakat Islam di seluruh dunia.

"Kita mesti tunjukkan perasaan marah kita terhadap anasir-anasir jahat yang bertujuan untuk mencetuskan ketegangan dalam masyarakat Islam," ujar beliau.




Kira-kira 400 orang Islam telah menyertai demonstrasi dan protes aman yang kemudiannya berarak ke Balai Polis Sentral di Padang Merdeka.

Apabila tiba di Balai Polis Sentral, Idris membuat laporan polis terhadap filem "Innocence of Muslims" manakala Pandi membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang telah mengguris hati masyarakat Islam di Malaysia apabila beliau mempersoalkan tindakkan masyarakat Islam dalam menangani isu filem tersebut.

No comments:

Post a Comment