Sunday 12 August 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Abdullah Saidol

Ogos 12, 2012

SUMBANGAN IKHLAS: Abdullah menyampaikan sumbangan sambil diperhatikan oleh Pandi
dan Radin Kadri. 

SIBU: Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pemuda PBB telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri YB Abdullah Saidol di sebuah restoran disini semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh saudara baru disekitar Sibu.

Selepas selesai berbuka puasa, Abdullah menyampaikan sumbangan yang disediakan oleh Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah.
  
Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri juga turut menggunakan kesempatan bersama dengan ahli-ahli Pergerakan Pemuda PBB Wilayah Tengah untuk mengadakan sesi soal jawab bagi tujuan mendengar saranan ataupun pandangan mereka.

Sebelum itu, ahli-ahli Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi PBB telah mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Malaysia di Simpang Tiga, Kampung Nangka.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Ketua Pemuda Pandi Suhaili dan Exco Pemuda Radin Kadri Radin Budiman merangkap Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda PBB Wilayah Tengah.

Sila klik Majlis Berbuka Puasa untuk melihat album.

No comments:

Post a Comment