Wednesday, 27 April 2016

Sarawak Negeri Sifar-Pembangkang 8Mei16

Sarawak mampu menjadi sebuah negeri yang berstatus sifar-pembangkang menjelang Mei 08 nanti.

Ini bukan angan-angan Mat Jenin kerana angan-angan ini berpijak di bumi yang nyata.

Barisan Nasional Sarawak mempunyai 'senjata-senjata' ampuh yang mampu menyahkan pembangkang dari bumi Sarawak.

Pertama, Sarawak ada Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Beliau seorang pemimpin utama Sarawak yang amat disenangi oleh rakyat Sarawak.

Kedua, 53 inisiatif yang telah dilakukan dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Inisiatif-inisiatif ini telah disambut baik oleh rakyat Sarawak.

Ketiga, Manifesto Barisan Nasional 2016 yang diumumkan oleh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini.

Manifesto ini digambarkan sebagai satu manifesto yang komprehensif yang mampu menjadikan Sarawak lebih aman, maju dan makmur.

Keempat, barisan kepimpinan senior dan junior yang berpengalaman dan berwibawa.

Tanpa adanya barisan kepimpinan senior dan junior yang berpengalaman dan berwibawa, sukar untuk Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin utama Sarawak.

Dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan kondusi setempat, tidak mustahil untuk Barisan Nasional memenangi semua kerusi dalam pilihanraya ini.

Masa sudah tiba untuk anak-anak Sarawak melenyapkan pembangkang dari Bumi Kenyalang.

Kewujudan mereka hanya memporak-porandakan keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh anak-anak Sarawak.
 

No comments:

Post a Comment