Tuesday 19 April 2016

DAP tidak ambil peduli keselamatan negeri dan negara

Bekas Ahli DUN Kota Sentosa Chong Chieng Jen telah membuat saranan yang tidak masuk akal apabila beliau mencadangkan agar anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung yang bekerja di Sarawak tidak dibenarkan mengundi.

Walaupun pada pandangan kasar, cadangan beliau nampak bernas tetapi dalam jangka masa panjang ia boleh mendatangkan bahaya kepada keamanan negara.

Adakah bekas Ahli DUN Kota Sentosa sedar akan bahaya yang bakal muncul sekiranya saranan beliau digunapakai?

Ataupun beliau memang sedar tetapi disebabkan terlalu obses untuk menang, beliau sanggup berbuat apa sahaja – termasuk mengancam keselamatan negara?

Saranan agar anggota-anggota keselamatan yang bukan berasal dari Sarawak tetapi bekerja di Sarawak tidak dibenarkan mengundi sebenar boleh menggugat perpaduan dikalangan anggota-anggota keselamatan.

Bayangkan apabila seorang anggota keselamatan hanya mementingkan negeri kelahirannya sahaja.

Beliau tidak akan ambil peduli terhadap apa yang berlaku disekitarnya sekiranya beliau bertugas di negeri bukan kelahirannya.

Ini boleh mendatangkan bahaya keselamatan dalam sesebuah negeri dan juga negara.

Saya berpandangan amalan membenarkan bukan anak-anak Sarawak yang bekerja sebagai anggota keselamatan di Sarawak mengundi di Sarawak adalah satu amalan yang baik kerana ia boleh membantu anggota-anggota keselamatan untuk mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap negeri-negeri dimana mereka bertugas.

Peranan mereka sebagai anggota keselamatan amat penting; dan amat mengkhuatirkan sekiranya semangat kenegerian mereka tidak dibendong.

Oleh itu, saya berpandangan bagi pemimpin dan penyokong DAP, keselamatan negara tidak penting baagi mereka. Yang penting ialah mereka menang pilihanraya – itu sahaja!!!

No comments:

Post a Comment