Tuesday 26 April 2016

Tolak pembangkang demi kesejahteraan Sarawak

Sarawak akan berada dalam kancah kekacauan sekiranya pembangkang diberi ruang untuk memenangi mana-mana kerusi dalam pilihanraya negeri ini.

Mereka tidak ada kematangan politik untuk menangani pertelingkahan politik.

Bagi mereka, konfrontasi secara terbuka ialah jalan penyelesaian yang utama.

Sama ada ia baik untuk rakyat ataupun tidak, itu tidak penting bagi mereka.

Saya menyeru rakyat Sarawak agar menolak calon-calon dari parti pembangkang demi kesejahteraan negeri Sarawak.

Kini telah terbukti bahawa parti-parti pembangkang tidak berupaya untuk bekerjasama untuk membangunkan negeri Sarawak.

Mereka hanya mementingkan kuasa dan bukannya rakyat!

Sekiranya benar rakyat adalah tujuan perjuangan mereka, parti-parti pembangkang tidak akan berbalah seperti yang berlaku sekarang!

Marilah kita semua bersama-sama menyelamatkan Sarawak daripada ancaman kekecohan yang dihasilkan oleh parti-parti pembangkang yang beribupejabat di Semenanjung!

Hidup Sarawak!!!

No comments:

Post a Comment