Sunday, 17 April 2016

Cabaran untuk parti semenanjung bertapak di Sarawak

Setiap kali pilihanraya negeri ataupun umum akan diadakan di Sarawak, akan ada sungutan ataupun kecaman dari pihak pembangkang terhadap hak kerajaan negeri keatas imigresen.

Sepatutnya, pihak pembangkang menggunakan pilihanraya ini sebagai platfom untuk memansuhkan hak ini.

Atas dasar itu, saya ingin mencabar mana-mana parti pembangkang dari Semenanjung yang bertapak di Sarawak agar memperjuangkan pemansuhan hak autonomi ini.

Anak-anak Sarawak, tanpa mengira ideologi politik, seharusnya menyokong kewujudan hak autonomi ini.

Mungkin anak-anak Sarawak, yang memuja parti-parti dari Semenanjung yang bertapak di sini, merasa kurang senang dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak menghalang kemasukkan beberapa orang pemimpin Semenanjung pujaan mereka.

Walau bagaimanapun, apabila rasa kurang senang dizahirkan dengan kata-kata benci terhadap hak ini, ia menunjukkan bahawa mereka mahu hak ini dimansuhkan.


Sarawak memerlukan anak-anak Sarawak yang memperjuangkan hak autonomi Sarawak dan bukannya melenyapkan ataupun mengurangkan.

No comments:

Post a Comment