Sunday, 17 April 2016

Milton Foo sanggup kritik KM secara terbuka untuk raih undi

Para penyokong Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem patut mempertimbangkan semula sokongan mereka kepada mana-mana calon SUPP, termasuk presiden SUPP, sehinggalah bakal calon SUPP di Pending, Milton Foo, meminta maaf atas sebab keceluparannya.

Tindakan Milton Foo menggunakan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai 'punching bag' untuk mendapatkan sokongan para pengundi amat menjelekkan sekali.

Beliau cuba untuk memberi gambaran bahawa beliau lebih berani dan agresif berbanding dengan bakal calon DAP di Pending.

Mainan politik seumpama ini mengjengkelkan sekali.

Demi untuk memenangi kerusi Pending, Milton Foo berusaha untuk menyaingi DAP dalam permainan 'memperlekehkan-Adenan'.

Bagi Milton Foo dan 'rakan-rakan'nya dalam DAP, menghina ataupun menghentam Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah strategi yang baik untuk mendapat undi dari para pengundi Cina.

Sekali lagi saya menyeru para penyokong Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem agar mempertimbangkan semula sokongan mereka kepada semua calon SUPP.

Mengenai keputusan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk membenarkan kerusi-kerusi tradisional SUPP diwakili oleh calon terus BN, saya dengan tanpa ragu-ragu menyokong keputusan ini.

Saya percaya keputusan ini dibuat bukan atas sebab kejayaan calon-calon tersebut mempengaruhi Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, tetapi atas sebab setelah meneliti laporan-laporan yang sampai ketangannya.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah menyatakan hasratnya untuk berundur setelah mengetuai BN dalam pilihanraya ini.

Oleh itu, sudah semestinya, beliau mahu memenangi kerusi-kerusi untuk BN sebanyak yang mungkin.

Atas dasar itu, suatu tindakan yang tidak masuk akal sekiranya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan berbuat sedemikian sekiranya beliau merasakan ia akan menyebabkan peluang BN untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut semakin tipis.

Dapatlah disimpulkan disini ialah Milton Foo bertindak sedemikian kerana beliau percaya tindakannya akan menyebabkan para pengundi Cina akan mengundinya disebabkan beliau lebih hebat mengkritik Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berbanding dengan 'rakan-rakan'nya dalam DAP.

Kalau betul Milton Foo boleh menang tanpa sokongan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, jangan guna lambang BN.

Gunalah lambang SUPP sahaja.

SUPP selama ini diperuntukkan banyak kerusi tapi tidak satu pun kawasan majoriti pengundi Cina mereka menang.

Hanya menang di kawasan majoriti Bumiputera.

Sepatutnya SUPP menguatkan diri dengan menggunakan pengaruh Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan bukannya mengutuk beliau.

Buktikan dahulu keupayaan memenangi kerusi-kerusi yang sedia ada terlebih dahulu sebelum membuka mulut untuk meminta kerusi-kerusi yang lain.

No comments:

Post a Comment