Tuesday, 26 April 2016

Campurtangan Malaya dalam pertikaian kerusi DAP dan PKR buktikan Baru dan Chong dibawah telunjuk Malaya

Campurtangan pemimpin Malaya DAP dan PKR dalam menangani perbalahan pembahagian kerusi-kerusi menunjukkan bahawa kedua-dua parti dibawah telunjuk Malaya.

Sekiranya benar kedua-dua parti tersebut bebas untuk berbuat apa sahaja, Lim Guan Eng dan Azmin Ali tidak akan campur untuk menyelesaikan perbalahan tersebut.

Sudah terbukti dengan jelas bahawa Baru Bian dan Chong Chieng Jen sebenarnya bermain sandiwara apabila memberitahu rakyat Sarawak bahawa mereka bebas untuk mengambil apa jua keputusan yang berkaitan dengan negeri Sarawak.

Rakyat Sarawak sepatutnya sedar bahawa Sarawak tidak akan mempunyai autonomi seperti sekarang sekiranya Sarawak dibawah pemerintahan parti-parti yang beribupejabat di Semenanjung.

Adakah anak-anak Sarawak yang menyokong kedua-dua parti tersebut tidak malu dengan perbuatan pemimpin-pemimpin Malaya yang mengarahkan anak-anak Sarawak untuk bersetuju keatas sesuatu yang sepatutnya diputuskan sendiri oleh anak-anak Sarawak?


Dimanakah maruah anak-anak Sarawak dalam DAP dan PKR?

Demi kuasa, sanggup jadi boneka pemimpin-pemimpin Malaya?

Adakah Sarawak akan dijadikan boneka oleh pemimpin-pemimpin Malaya apabila parti pembangkang memenangi pilihanraya yang akan datang?

Berjuanglah untuk maruah anak-anak Sarawak!

Tolak parti-parti luar yang menghina anak-anak Sarawak!

No comments:

Post a Comment